Thursday, December 13, 2012

bersyukurkah kita menjadi seorang muslim ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

I will never forget when once a muallaf had said this:
" I am glad because I know Islam first before I know the people of Islam"

Yes, Islam is beautiful in and out, but the people of Islam never practice to keep the Islamic values within them.
i just copied that from one of my friends in FB . try to reflex back what he said . sebenarnya mereka yang muallaf jauh lebih bersyukur menjadi seorang muslim atau menganut agama ISLAM . namun , kita yang dilahirkan memang sebagai islam menjadi sebaliknya.apabila muallaf tersebut mengatakan sedimikian bahawa dia bersyukur kerana dia mengenali ISLAM terlebih dahulu sebelum mengenal orang ISLAM . ada sedikit rasa malu di situ , kerana muallaf tersebut melihat umat islam kian jauh dari landasan sebenar . ya , umat ISLAM ramai yang sudah menyimpang jauh dari fitrah mereka sebagai seorang muslim . kepada siapa hendak di salahkan ? kerana norma masyarakat sekeliling sudah begitu . example yang senang utk ambil ialah lihat saja umat islam di malaysia . bagaimana mereka ? bagaimana kita ?tidak perlu diulas lebih lanjut rasanya . norma masyarakat yang seolah-olah menghalalkan apa yang haram , eg : wanita bertudung tidak lagi segan silu menghadiri konsert-konsert , lelaki sama lelaki masuk ke panggung awayang tanpa rasa apa-apa . katanya , bukannya masuk dengan siapa pun , masuk dengan kawan2 je . tapi sebenarnya mereka salah , kerana sudah biasa kerana semua orang melakukan sedemikian . apa lagi yang nak diperkatakan . seharusnya norma ini diubah, tapi bagaimana ? bukan tiada pendakwah2 ? para ulama juga sudah ramai yang turun KL tu . dan ini akan berbalik kepada diri sendiri juga.  seseorang itu memerlukan kesedaran , barulah segalanya boleh diubah. oleh sebab orang islam yang memang hidup dalam komuniti islam , pandang kanan , orang islam , pandang kiri orang islam . strength of islamic kurang dirasakan di situ , kalau kita lihat komuniti islam di negara barat , bond dia subhanaallah jauh lebih kuat . kerana apa ? kerana mereka sangat kuat ukhwahnya , mereka menjalankan tatacara hidup islam dijaga . 
this norm need to be change , by put our own responsibilities , kerana tugas menyampaikan dakwah itu adalah tugas setiap individu yang beragama islam dan mengucapkan kalimah syahada :)

we as a muslim should grateful for what we have , dont need to praise what barat do . we have our own identity as muslim , ISLAM . hidup berlandaskan syariat adalah sangat indah :) its never too late to get back , people says better late than never right ? dont wait for the light from HIM to come but you need to seek for it :)


1.2.34 HIJRAH , SUBHANAALLAH

Bismillahirrahmnirrahim ,
his the merciful and almighty.

alhamdulillah still have the chance to feel the hot because of the sun , still have the oxygen to breath . and its all come from our creator , ALLAH subhanahu wataala :)
*never forget to say alhamdulillah my dear muslims and muslimat :)

alhamdulillah , today is 12.12.12 , what a nice date . many people esp the couple want to get married on that date . *banyaknya kenduri nak kena attend* but this date is much much muchh better than that which is , 

1.2.34 HIJRAH .

subhanaallah , and tomorrow is JUMAAT , penghulu segala hari , hari di mana berlakunya kiamat *

yes , what a beutiful date , yet ISLAM IS BEAUTIFUL . 

alhamdulillah to be born as muslims , never take it for granted or you will regret. 

p/s ; terperasan pasal status kawan fb about that date , kalau tak tak penah tahu . TERmalu denga sndiri sbb jarang sekalii sekali utk tgk calander islam , kalendar hijrah ;(




Thursday, June 7, 2012

betulkan niat dan terimalah kegagalan sebagai kunci kejayaan :)

bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum wbt :)
apa khabar iman ? apa khabar hati ?
semoga semuanya dalam keadaan 'sihat' dan 'terpelihara' :)


 gagal . siapa yang tak pernah gagal ? setiap orang yang berjaya itu bermula dengan sebuah kegagalan . believe me or not . tak percaya ? try pegi tanya orang orang yang berjaya . tiada kejayaan yang terus bermula dengan kejayaan.betul lah kan ? :) cuba tengok thomas edison . taukan siapa ? taktau ? google je senang . hee . kan all at your finger tips . hee . dia tak start dengan terus berjaya buat mentol .tapi dengan sangat banyak cubaan baru dia dapat buat mentol tu . act orang yang berjaya itu terlindung di sebaliknya sebuah kesabaran yang sangat tinggi . mana ada orang yang tak sabar berjaya . okey mungkin ada kut tapi susah nak cari lah kan. hee okayy smbg bc quotes lah ye :)
"Tiada kejayaan tanpa pengorbanan,
tiada pengorbanan tanpa keutuhan diri,
tiada keutuhan diri tanpa keyakinan & tiada keyakinan tanpa keimanan yang jitu pada Dia Yang Maha Berhak.."
(Farahin Adnan)
Failure was essential to the creative process.
"Just look at me. I spent over a year making prototypes before I finally found the design that worked in order to design a commercially viable electric light bulb."

(Edison)
 
Kegagalan bukan untuk diratapi & bukan juga untuk dikesali
tetapi dijadikan kegagalan sebagai pembakar semangat diri
agar lebih bertenaga di kemudian hari.
 
TAJDIDKAN NIAT SEMULA,
STUDY KERANA ALLAH
BUKAN KERANA EXAM.

Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,
He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.
Be strong & keep on praying.
 
ALL THE BEST & YOU'RE THE BEST
 
haa jangan lupa take note tau :) heee . 
jazakillahu khaira (:

Wednesday, March 14, 2012

muslimah pendamba syurga ILAHI


Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan peribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari syurga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak Islami
Semakin berwibawa kerana auratmu terhijabi

Saat wanita lain bergelumang dengan kesenangan dunia
Menari-nari di atas lantai dansa
Berpeleseran bersama rakan sebaya
Engkau justeru mengurung diri
Mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib
Mengembara dalam pencarian jati diri.

Di saat wanita lain asyik memilih busana trendy
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlumba mempamerkan aurat mereka
Engkau justeru tampil bersahaja
Dalam balutan gamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang.

Di saat wanita-wanita lain tertawa lepas
Menikmati euphoria tanpa batas
Menebar cinta basi pada lelaki
Engkau justeru menangis dalam sujud
Mendaki taubat dalam bukit tahajud
Mengemis ampunan pada Penggenggam nyawa
Menutup lisan dari bicara sia-sia

Di saat wanita-wanita lain mengidolakan
Selena Gomez, Britney Spears, Avril Lavinge, Maddona
Engkau mengidolakan Khadijah, Maryam, Aisyah, Fatimah
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justeru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Kerana takut jatuh pada perbuatan riya'.

Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justeru menghabiskan waktumu di musholla
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya.
Merenda istighfar di atas sajadah cinta.
Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman
Bercengkerama liar dengan segala kemewahan
Sibuk memuja artis-artis idaman
Engkau justeru sibuk mengkaji ilmu
Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu
Berjibaku dengan segala kesulitan
Meneriakkan kalimat jihad perubahan

Di saat wanita-wanita lain sibuk menenteng majalah erotis
Menggumbar gosip sesama mereka secara sadis
Engkau justeru teguh pada Al-Qur'an dan hadis
Yang kau jadikan pegangan hidup
Agar iman di dadamu tidak redup.

Wanita pendamba syurga...
Agungnya akhlakmu berselimut mutiara
Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama
Akan Allah amanahkan
Engkau calon madrasah pertama
Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia.
Biidznillah.



 just copy n paste from iluvislam .
semoga kita dapat mnjadi seorang muslimah yang mendambakan syurga ALLAH <3

lelaki handsome yang menjadi idamanku .

lelaki handsome yang menjadi idamanku hanyalah insan biasa iaitu lelaki yang dapat mengimamkanku dan keluargaku dan dapat mendegarkan ayat-ayat cinta ALLAH kepadaku <3


Lelaki yg handsome bukan lelaki yg pandai menyanyikan lagu untuk menghiburkan kekasihnya..


Tetapi lelaki yg handsome itu adalah lelaki yg pandai membaca Al-quran dan menjadi imam untuk isteri dan jua anak2nya..♥


semoga aku akan mendapat lelaki handsome tersebut :) from MUSLIMAH TO LELAKI SOLEH .

Sunday, March 11, 2012

kerana wanita itu berharga

[1] Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


[2] Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


[3] Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


[4] Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


[5] Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


[6] Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus

kita sendiri yang akan merasainya .

Bismillahirrahmanirrahim .
still breath with oxygen given by HIM , hear the sound of alam , see the beautiful of ALLAH's creation .
alhamdulillah :)



apabila hati kita terasa jauh dariNYA , kita sendiri yang akan merasa sesuatu yang lain dengan hati kita . kita akan merasa di mana hati kita yang dulu , di mana hati yang sebelumnya akan bergetar hatinya apabila menyebut nama ALLAH . kita akan tercari-cari hati itu . hati yang sangat rindu kepadaNYA . 

YA ALLAH ,aku merindui hatiku , hati yang mana takut untuk lalai dari mengingatiMU. YA ALLAH kurniakanlah hati yang baru kepadaku , andai aku tidak dapat mencari hatiku ketika solat ,
andai tidak ku temui hatiku ketika aku membaca surat cintaMU , andai tidak ku jumpa hatiku semasa mengingati kematian.

takutlah kita andai hati kita ini bukan lagi menjadi milik kita . sedarilah perkara itu sebelum terlambat . bersihkanlah jiwamu kerana mungkin terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan kepadaNYA . sujudlah memohon taubat kepadaNYA , kerana DIA MAHA PENGAMPUN . 


dan mungkin juga ini caraNYA untuk menguji dirimu , tabahlah wahai diri .
moga dengan ujianMU ini , aku akan mendekatkan diriku kepadaMU .
selalu orang berkata , segala ujian yang diberikan olehNYA adalah salah satu cara untuk kau dekatkan diri dengan ALLAH <3

penawar hati takutkan ALLAH , bacalah al-quran , ingatkan mati .


Saturday, February 4, 2012

saat nabi hampir wafat

   Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. 

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.


Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. 

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw.
.

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. 

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"


"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW

source : iluvislam

Saturday, January 28, 2012

jom lengkapi tuntutan AURAT kita :)

Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum wbt .

actually hari ni nak share tentang hukum pakai stokin kaki :) *mestii rasa macam , haii stoking pun jadi kisah*
hehe , act tadi ada baca pasal alkisah stokin , dekat blog dr.cinta :) hehehe . so mcm tertarik je nk share apasal stokin , lagipun semalam ada tengok video ustaz azhar idrus pasal hukum memakai stoking . ada baca satu blog ni , dia discuss pasal aurat kaki wanita . 
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

hmm , semua tahu bahwa aurat perempuan yang sudah baligh itu ialah semua anggota kecuali tapak tangan dan muka , but ramai yang mengambil remeh tentang aurat kaki mereka . mungkin merasakan bahawa , kaki kan dekat bawah , so , jarang orang nak tengok or rasa macam alah kaki , bila pakai kasut , tak nampka sangat . but actually , memanglah tak nampak . but it is still aurat kita . macam ada ayat dekat blog ni dia cakap .

' Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.'

kan , nampak tu dia cakap , highlight point dekat sini ialah , ' dalam AL-QURAN telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu '  . apa yang boleh dirungkaikan dekat sini ialah pakai stokin itu tak wajib bagi wanita but menutup aurat tu yang WAJIB . kan kaki tu dah masuk dalam aurat kita , so WAJIBlah untuk kita tutup .  lagipun ada kaum lelaki yang boleh baca kita macam mana dengan melihat kaki dan anggota badan kita yang lain . ha , jeng jeng jeng . mestii wondering kan macam mana kaum lelaki boleh baca tentang diri kita takpun boleh tau kita ni macam mana . sebenarnya , ada certain certain kaum lelaki ni dia boleh buka hijab . so bila dia boleh buka hijab , dia bolehlah tau macam macma benda termasuk pasal perempuan . and thats salah satu sebab kita kena tundukkan pandangan , ok yang tu nnti cerita lain . hehe .

so the point is , coverlah semua aurat kita untuk keselamatan dan juga kerana ALLAH ♥

mesti akan ada yang cakap ,' ala pakai stokin ni rimas lah , nak kena pakai bukak pakai bukak ' . biasalah tu ayat tu mesti akan keluar punya dari mulut kita . but insyaALLAH kalau kita niat betul betul kerana ALLAH . insyaALLAH segalanya akan dimudahkan olehNYA ♥ nanti lama lama kita akan terbiasa bak kata pepatah ' Alah bisa , tegal biasa ' . kan kan ? heheh :) kalau antum semua perasan , act banyak kebaikan kalau kita paka stokin . antaranya , kalau duduk dalam air-cond takdelah sejuk sangat kan . hehe , tengok kan ada benefitnya . kalau nak tau apa lagi benefit dia , jom lah try pakai :) baru lahh tahu :D

apa apa pun juga , betulkan niat kerana ALLAH bukan kerana orang lain  yang tu yang penting . kalau rasa stokin kaki yang nampak orang selalu pakai , yang kaler koko tu nampak tak cantik or tak comel , belilah yang colorful tu , yang ada love love tu . hehe , lagi comel kan :) yang penting pakai stokin :D hehe , 



gambar je ea XD

LET'S COVER OUR AURAT BY WEARING SOCKS :DD *wink wink

nak cari pahala tu tak susah kan ? :)


syukran to dr.cinta punya blog :)

p/s : lets us berubah ke arah yang lebih baik , INSYAALLAH :)



Wednesday, January 25, 2012

really hard to eplain what i'm feeling right now

Bismillahirrahmanirrahim , 
Segala puji bagi ALLAH <3
Assalamualaikum wbt :)

okayyyy tak tahu kenapa , but lagu wherever you are anddd healing by SAMI YUSUF really get me into it . lyric dia sangatlahh best , and really meaningful . di sebalik lirik lagu dia , ada satu makna yang besar i guess . hmm , trylahh antum semua dengar :) lets discover the deep meaning behind every single words of the lyrics :)
SAMI YUSUF , had done a great job in spread dakwah through his song <3

now ana nk share lyric HEALING :)


It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it’s ok
لكن اعتقادي
Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني
There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that’s calling
ينادي
It’s calling you and I
يناديني ويناديك
It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It’s Nature’s order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً


p/s : suka the first part of this song , yup  it's really hard to explain what i'm feeling right now , but nevermind , i'll keep believing <3

HEALING :)















perpisahan itu terlalu menyakitkanku ..

Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini.  Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.
Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan.  Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang.  Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati Allah.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.
 Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.