Sunday, December 7, 2014

Ujian


Di jauh,
aku lihat kau sedang diuji,
dengan ujian yang aku kira,
mungkin dalamnya kau tidak sedar,

dan sebab kau dan aku juga manusia,
terusnya kita akan berada dalam keadaan yang lupa dan leka,
dibuai dengan rasa 'indah' oleh tipu daya syaitan.
tidak selagi teguran dan nasihat itu datang menyapa.


di satu sisi,
aku resah memikirkan,
siapa yang akan datang menyelamatkan.


dan aku tidak tahu,
apakah wajar rasa ini ada,
sebab kau lawan aku,
tetapi kau seakidah denganku.
Dan aku kira kau logam yang berharga buat agama.


Jadinya,
aku doa,
Moga Allah kuatkan di balik ujian,
agar dengannya menjadikan kau manusia,
Yang meletakkan redha Allah yang utama.


2231
071224
Doa.

Wednesday, December 3, 2014

Disember!



Disember,
bakalan sesak dengan terlalu banyak perkara,
Segalanya bercampur,
baik final exam dan program yang tak henti-henti.


aku tak pasti,
bagaimana yang mendatang,
cuma aku mampu doa,
Ya Allah,
kuatkan aku untuk semuanya.


Disember,
moga segalanya baik-baik saja.


sekali lagi,
aku perlu untuk pegang hati,
bisik pada diri,
' You are stronger than you realize'

Dan,
moga kamu-kamu yang membaca,
sudilah mendoakan aku di sini.
Jzkk !

' In order to succeed, we must first believe that we can '
 - Nikos Kazantzakis


2341
031214
Essaytaksiaplagi!