Tuesday, July 28, 2015

Impian yang kabur.



Jika kau tanya aku, apakah impianku ?
aku masih belum punya jawapan untuk itu.
aku masih belum mampu untuk menjawab persoalanmu.

Kerana,
aku umpama burung-burung yang terbang di awangan,
mencari arah mana yang aku perlu tuju,

aku kagum melihat mereka yang sebaya aku,
malah ada yang lebih muda dari aku,
punya cita-cita dan impian yang hebat.

ada yang ingin mengubah dunia,
ada yang ingin menjadi 'fighter',
ada juga yang ingin menjadika diri sebagai inspirasi orang lain 'to inspire others'.


aku cukup kagum melihat insan-insan ini,
apatah lagi bila menyaksikan usaha-usaha mereka.

aku cemburu,
Ya.
aku cemburu.

kerana aku belum begitu,
aku masih aku,
yang tiada hala tuju,
boleh aku katakan masih punya cita-cita jitu.

Ya.
aku sudah ada cita-cita,
dan aku sedang berada dalam usaha menujunya,
tetapi ini belum cukup,
ini hanya biasa-biasa.

aku mahu jadi insan luar biasa.

mungkin aku perlu jelajah lebih jauh lagi,
mungkin juga aku perlu campurkan semua impian mereka,
hingga menjadi satu.

tetapi aku masih belum tahu,
apakah itu.
doakan aku,
menemui impian aku.

masa berjalan,
aku tidak mahu menjadi insan ketinggalan.
sekali lagi,
doakan aku ya!














1252
290715
di hujung julai.



Sunday, July 5, 2015

Of rasa dan perasaan.



Kadang-kadang kita merasakan,
Ingin diluahkan segalanya pada insan-insan yang telah kita taburkan percaya,
Yang senantiasa ada bersama.

Setiap rasa manis hinggalah yang pahit,
Tetapi selalu saja apa yang rasa akhirnya cuma mampu dicerita lewat aksara,
Tidak lagi mampu terluah melalui kata-kata.

Tetapi kadang masih saja ada yang aksara juga tidak mampu menjadi manifestasi sebuah rasa.

Seperti bagaimananya rasa melihat sosok tua yang tetap kuat ke hulu ke hilir bagi mencari uang keluarga,
bagaimananya merasai hujan yang turun membawa rezeki dari Tuhan,
dan sebagainya.


"Think of all the feelings and ideas that we can't even put words to'
  ; Komorebi