Wednesday, June 19, 2013

tidak semua memliki peluang itu .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dakwah , usrah dan tarbiyyah .

ramai yang sudah punya gerak kerja dakwah dan tarbiyyah masing-masing .
dan ramai yang sudah jumpa mereka punya bulatan gumbira .

update status dekat muka buku dan pengicau semua pasal bulatan gumbira , 
yang ikhwah bercakap tentang kawan seikwah mereka , dan begitu juga sebaliknya kepada sang akhwat .

aku lihat mereka terdidik dengan baik melalui tarbiyyah itu ,
dan membantu dalam proses mujahadah mereka ,

sungguh , 
kadang-kadang rasa sedih sangat sebab belum dapat peluang untuk berbulatan bersama mereka yang berpegang kepada fikrah yang sama ,
mereka punya rasa cinta yang kuat antara satu sama lain ,
semuanya berpaksikan kepada Allah .

dan aku yakin , 
pembinaan individu muslim itu perlunya bermula daripada sebuah bulatan ,
yang menjadi acuan dan resepi utama ,
kerana dalam bulatan itu ada pelbagai jenis perisa , warna dan rencah .

selalu aku melihat , 
ada mereka yang telah mendapat keizinanNYA untu berbulatan ,
namun di sia-siakan ,
punya alasan seribu untuk tidak datang berbulatan .

ramai yang cakap , 
jalan ini punya duri sebagai peneman ,
perlu kuat untuk menempuhnya ,

aku berharap ,
aku akan mendapat peluang untuk berbulatan bersama mereka yang se-fikrah ,
agar aku dapat untuk menambah kelajuan gerabak yang bermula dengan sangat perlahan ,
kerna aku yakin , jika aku tidak melajukan gerabakku ini ,
aku pasti akan disoal kerana aku telah mengucapkan kalimah penyaksian terhadap kebenaran itu .

dan aku berharap ,
aku tidak memberi seribu alasan apabila tiba waktunya .
dan kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk mampu bertahan di atas jalan itu .

Ya Allah , 
hati ini milikMu dan dipegang olehMu ,
janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini Ya Allah ,
kerana aku takut jika Engkau palingkan hati ini ,
aku akan masuk ke Neraka yang sungguh siksaannya tidak mampu dibayangkan .

Ya Allah , 
teguhkanlah imanku , tambahkan ketaqwaanku ,
dan tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai .

namun aku yakin , 
Engkau belum memberi kerana mungkin jika aku mendapatnya sekarang ,
aku akan memberi alasan untuk menolak ,
dan aku yakin perancanganMu adalah yang paling baik . 

Saturday, June 15, 2013

the hikmah .

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


aku melihat dengan kaca mata ,
kanak - kanak dan wanita dibunuh , 
seorang budak lelaki menangis apabila ditanyakan tentang ayahnya ,

di saat negara lain telah mencapai kemerdekaan mereka ,
tetapi ,
kemerdekaan negara ini telah dirampas oleh penghuni negara itu sendiri ,
yang menganut agama yang sama ,
yang telah mengucapkan kalimah 
" La ilahailla allah '

namun , 
hanya kerana jarum jarum syaitan yang telah berjaya menusuk diri  mereka ,
pegangan mereka mulai menyimpang ,
koloni yang kejam diangkat dan dijulang tinggi ,
sehinggakan mendapat anugerah pembunuhan .



wahai pejuang agama ,
aku yakin kalian insan hebat ,
kerana koloni- koloninya takut hendak menyerang kalian ,
mereka pengecut kerna itu hanya kanak-kanak dan wanita yang dibunuh ,

dan aku kira , 
Allah telah mentakdirkan untuk kalian melaluinya kerana ,
kalian , kita  umat Muhammad , 
kita umat kekasihNya ,
kita umat yang membuatkan Nabi Musa sendiri meminta kepada Allah agar dijadikan umat Rasulullah ,

bukankah mereka yang mati syahid telah dijamin syurga ?
bukankah Rasulullah inginkan umatnya bersama-sama Baginda di Jannah ?
dan aku kira ini adalah cara Allah menghendakinya ,
dan ramai umat kekasihNya akan dapat mengecapi nikmat kebahagiaan sebenar .

dear syria ,
please be strong , please fight till the end ,
the door of Jannah has been open for you , for all the muslims ,
but you get the 'gift card' first ,

dear muslims in malaysia ,
keep on dua' for them , for all muslims in this world ,
may Allah give us the strength , 
may Allah bless us in world and hereafter .

bi iznillah <3





Thursday, May 23, 2013

kerana jiwa mereka sudah di beli .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. "- at -taubah ,111

Seorang pak cik pekebun gembira dengan kerjanya meskipun gajinya kecil .

seorang anak muda tak pernah takut untuk tinggal berbulatan gembira meski minggu exam sekalipun .

para mujahid di syria tidak pernah gentar sedikitpun dengan bom yang dilepaskan , anak kecil tidak pernah berhenti tersenyum meski dah hilang sebelah tangan kerana dipotong oleh puak si B.

have ever cross your mind tak kenapa tengok meskipun baru student universiti tapi kalau boleh nak sumbang segala harta yang dia ada ? 

mesti cakap macam ni kan , 

" duit tu baik kau guna beli buku je , buat apa kau nak sumbang dekat dorang . biarlah orang yang bergaji je bagi "

agak-agak kenapa mereka-mereka yang saya sebutkan situasi di atas , mudah sekali hatinya untuk menyumbang kepada agama ad-deen ini , tak dapat bagi harta , sumbang tenaga dan masa pun jadilah . kenapa yang mereka dekat palestin dan syria tu tak takut langsung untuk kena bom atau peluru berpandu ?

hanya satu jawapan sahaja yang ada which is ,

HATI MEREKA SUDAH DIBELI .

oleh siapa ? sampai sanggup macam tu sekali ?

kerana hati mereka sudah dibeli oleh pencipta yang SATU , ALLAH sudah beli hati mereka .

sehingga tak takut lagi kalau kena bom ke , kalau masa ajak orang berbulatan gembira tapi meskipun takde yang nak tetap teruskan jugak usaha nak ajak , meski kena caci sebab pakai tudung labuh , kena label kuno sebab tutup aurat .

yes , kerana bila hati itu sudah yakin dengan janji-janji ALLAH , sudah yakin dengan balasan ferrari nanti , apa lagi yang mampu untuk goyahkan ? its NOTHING. 

this people fear to nothing ACCEPT their Creator , Allah .

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh "

even nyawa melayang sekalipun masa berjuang untuk agama , kalau dah janji akan dapat balasan syurga yang super-duper PRECIOUS , ada ke orang nak tolak ? 




so , the conclusion is hanya ALLAH yang berkuasa atas kita , dan seluruh isi alam , kalau dakwah kita kena tolak tak dapat sambutan , kalau orang cakap belakang pasla perubahan kita , kalau makcik2 cakap belakang sebab kita tak dapat mara ke bank negara ke , eh 

jangan give up , jangan sedih sedih , jangan takut untuk menyumbang kepada agama , kalau takut macam mana kita nak menang ? macam mana kita nak lahirkan pemimpin agama ? macam mana nak bukak hospital DnT ?

itu semua perjuangan , dan setiap perjuang kalau takde halangan atau tentangan mana best , nanti kita tak menang dengan bergaya lah ! hihi :)

Rasulullah dan para sahabat pun kena tentang tak sudah , tapi hati mereka awal-awal lagi dah kena beli *bestnya ! *

la tahzan innallaha ma'ana , may Allah bless and ease our journey insyaAllah (:

Saturday, May 4, 2013

# tadabbur


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

*bertaubatlah sebelum tiba ajalmu *

" Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, "(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." - an nisa , ayat 18

hidup kita alhamdulillah ALLAH bagi masa satu hari 24 jam , dan usia kita jika ikut umur Rasulullah s.a.w insyaALLAH sampai 63 tahun , betapa terlalu lama dan panjang masa yang kita ada hidup di dunia ni . *kalau yang mati dia usia muda tu , itu semua ALLAH dah takdirkan untuk kita :)

tapi kan cuba kita check balik dalam sehari tu apa yang kita buat , apa yang kita isi untuk cukupkan masa kita sehari tu ? *moga kita isi dengan perkara yang bermanfaat*


" sehari kita ada 24 jam , dan ibarat kita ada 24 kotak , terserah kepada kita nak isi kotak tu dengan apa . dan isi kotak itu akan ditanya di mahsyar nanti . "
- habib ali sheikh abu bakar
okay actually nak tadabbur ayat 18 surah an nisa insyaALLAH , *kalau salah fahaman saya pasal ayat ni mohon ditegur ye :) *

kalau kita perasan dalam ayat tu , ALLAH ada sentuh pasal orang yang bertaubat , tapi dalam ayat tu ALLAH bagitahu dekat kita yang  ALLAH tak terima taubat orang itu , but jangan salah sangka pulak yang ALLAH tak terima taubat kita , cuba baca balik ayat tu . and try faham betul2 .

sebenarnya ALLAH cakap , siapa yang di penghujung usia dia , di saat roh tu dah dekat kerongkong baru nak bertaubat memang ALLAH tak terima taubat dia , malah dia akan ditimpa azab yang pedih dan tidak terperi . 

sebab apa ALLAH cakap macam tu ?

# eh bukan ke ALLAH Maha Pengampun ?
# bukankah rahmat ALLAH tu sangat luas melebihi dosa kita kepadaNYA ke ?

yes , tu memang betul , tapi cuba kita fikir balik , kenapa ALLAH bagitahu macam tu dalam ayat tersebut ? 

sebab kita manusia , khalifah ALLAH ni , ALLAH bagi terlalu banyak peluang , terlalu panjang masa kepada kita untuk bertaubat . kenapa nak tunggu dah nak terpisah roh dari jasa baru nak bertaubat ?

kita selalu dengar ayat macam ni ,

" ala nanti , umur aku dah nak dekat mati , barulah taubat , sekarang ni kita enjoy dulu *masa umur 20-30 - an *

kita ni tak tahu bila ajal kita , bila jodoh kita #eh . semua ni dah tertulis dekat kita masa langit dan bumi belum lagi dicipta oleh ALLAH , dan boleh kita tengok dalam hadis ni ;



 Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
" Rasulullah saw. sebagai orang yang jujur dan dipercaya bercerita kepada kami: Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara yaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia. Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan surga tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli surga maka masuklah dia ke dalam surga. "
 (Shahih Muslim No.4781)

jadi , segalanya dah memang tertulis untuk kita , tapi ALLAH bagi peluang untuk kita tentukan dan pilih jalan yang kita nak. you choose for yourself . so , janganlah kita tunggu masa umur 50 / 60 tahun baru nak bertaubat , tak boleh , kita suppose to be minta taubat dekat ALLAH setiap hari , sebab kita tak pernah tak buat dosa dalam sehari tu kan ? ALLAH paling suka apabila hambaNYA merintih memohon ampun dan taubat kepadaNYA .



this is our life , we choose and we get the result .

and it only have two ; winning or loser 


bertaubatlah kita sebelum terlambat , takut nanti kita menyesal bila mana pada waktu tu memang takkan membantu kita . 

* sujud dan mohon taubat kepadaNYA :)



asif jika ada tersalah ketika men-tadabbur ayat di atas , 
mohon di perbetulkan  dan memberi teguran kepada saya :)
moga2 kita termasuk di dalam hambaNYA yang beriman dan bertakwa , 
may ALLAH bless <3 

Monday, April 22, 2013

fahami hakikat tudung yang sebenar (:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

*menutup aurat itu indah*

TUDUNG atau JILBAB . sudah menjadi satu kewajipan buat kita semua kaum-kaum hawa untuk menutup aurat seperti dalam firman ALLAH dalam surah al-ahzab ayat 59 ; 

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "

tetapi sayangnya ramai yang mengenakan tundung tanpa makna yang betul , ramai yang menggayakan tudung hanya sebagai ' trend ' atau fesyen , bukan sebagai menurut perintah syarak . Lambakan tudung di pasaran spt tudung bawal 2-3 tone , shawl , pashmina , tudung 'ARIANI ' dsb. dengan harga yang mampu membuatkan si pembeli membeli 4-5 helai tudung sekali gus hingga lupa apakah syarat-syarat tudung yang telah ALLAH tetapkan untuk kita semua . memang cantik dah pakai tudung tu sebab tutup aurat , but adakah tutup semua aurat ? rugilah kan kalau kita dah pakai tudung cantik molek , tapi tak dapat pahala tutup aurat . ishh rugiinyaaaaaa .

so , apa kata kalau kita cuba untuk tutup aurat , check balik koleksi baju , seluar dan tudung kita , adakah semua tu dapat membuatkan syaitan menangis dan sediah atau boleh buatkan si syaitan ketawa bersuka ria ? kalau boleh tu kan before keluar rumah tu , duk depan cermin , tengok sat , then tanya dekat diri " adakah pakaian aku ni akan mendapat keredhaan ALLAH ? atau dapat kemurkaan ALLAH ? " . re-check balik , kita taknak ALLAH murka dekat kita kan sayang ? 

and dear sisters , 

please , please and please bear in mind that hijab is not just a piece of cloth , it include all aspects . so , untuk merasa pakai tudung tanpa keterpaksaan , kenalah fahami apa makna dan hakikat tudung tu sebenarnya ? 

TUDUNG .
Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.





dan ketahuilah saudara muslimahku yang dikasihi kerana ALLAH ;

tutup aurat itu tidak akan menjadikan dikau ' old-fashion' ,
 tidak juga menjadikan engkau pelik ,
tidak menjadikan dikau yang pada hakikatnya cantik nampak hodoh ,

tetapi ,

dengan menutup aurat dikau sebenarnya menampakkan dikau mahal ,

menjadikan dikau berharga dan cantik luar dalam ,

juga menjadikan dirimu dipandang ALLAH ,

biarlah dengan menutup seluruh bahagian badanmu ,

dikau menjadi seperti mutiara di dasar lautan ,

menjadi belian yang bersinar terang ,

dan menjadi bintang yang tinggi menghiasi langit namun sukar digapai oleh tangan-tangan kumbang yang ' palsu '






* tidak susah menjadi wanita mahal , jika ada kemahuan *

marilah kita sama-sama menjadi wanita yang begitu MAHAL dan terus mengejar cinta dan keredhaan ILAHI insyaALLAH , may ALLAH bless us .


Tuesday, April 16, 2013

air mata.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

people cry for so many things , but have you ever think that is your tears valuable ? 

air mata kita ada sebab ALLAH yang cipta untuk ada , so bila ALLAH dah buat macam tu mesti ada sebab dan kenapa dia kena ada . cuba kita teroka apa lah yang hebat sangat pasal air mata ni , *ala air mata ja kut , hebat tang mana ._.*

ha kita tak pernah sedar yang air mata kita ni ada kuasa ajaib *cewah* , bukanlah kuasa sangat cumanya nak share sikit dekat sini sebab mungkin ada yang tak tahu kehebatan air mata kiat *kalau yang dah tahu tu takpe kita refresh ilmu :')

pada hakikat dan fitrahnya semua mata akan menangis di akhirat nanti , masa duk beratur tunggu giliran untuk ditimbang amal kita dekat perhimpunan nanti , tapi ada mata yang tidak akan menangis di akhirat nanti , insyaALLAH . dan apakah 3 mata tersebut ?

so , 3 mata yang akan menangis di akhirat kelak ialah :


1. mereka yang banyak menangis di dunia kerana takut akan Allah swt.
2. Mereka yang menangis kerana menyesal kerana maksiat yang dilakukan.
3. ereka yang sentiasa berjaga di jalan Allah.

dan rasanya memang tak banyak mata yang menangis sebab di atas , mana taknya mostly kita ni menangis bila tengok cerita korea , menangis putus cinta , menangis baca novel cinta dsb. cuba kita selak balik buku-buku hidup kita sebelum ni , ada tak kita menangis masa baca al-quran ? masa kita baca ayat-ayat suci ALLAH ? 

allahu kadang kadang tertanya balik dekat diri ni , kenapa aku tak menangis masa baca tafsir ? masa baca ayat yang ALLAH bagi dekat kita ? hati aku ni karat ke dah mati dah ? kenapa mata hati aku tak dapat membaca ? allahurabbi T.T 

ni penting sebab ALLAH merasa pelik apabila melihat hamba yang mengaku beriman kepada ALLAH tetapi tidak menangis apabila dibacakan ayat2NYA kepada kita , Rasulullah sendiri menangis sehingga basah janggutnya sepertimana yang dilihat oleh Aisyah r.a ketika Rasulullah solat malam . tapi kita ? kita ni yang amal entah terima atau tidak , tapi sombong dengan ALLAH , lebih rela menangis tengok drama korea T.T

7 golongan adalah yang mendapat perlindungan Allah di hari yang tiada perlindungan ialah seseorang ia apabila meningati kpd Allah dlm keadaan sendirian maka mengalirlah air matanya.

Dalam Hadis al-baihaqi, Pertama daripada dua yang akan diangkat kepada Allah adalah Khusyuk. Kedua adalah tangisan yg takut kpd Allah.

masa akhir -akhir zaman ni sangat sikit orang yang menangis kerana takutkan ALLAH , Rasulullah siap pesan lagi kalaupun kita tak mampu menangis , berpura-puralah untuk menangis kerana hanya dengan itu mata kita akan selamat dari api neraka . 


Monday, March 18, 2013

berdebar menunggu hari keputusan ?

nah buat calon spm 2012 yang tengah berdebar fikir pasal result masing2 sampai mimpi-mimpi (;

SPM:

Semua ujian. 
Jika berjaya. Diujinya Allah untuk kita menjadi orang yang bersyukur. 

Jika gagal. 
Diujinya Allah untuk kita redha dengan aturanNya yang Maha Teliti.

Boleh tak kau serahkan semua kat Allah.
Kau kena lah yakin yang Allah sentiasa ada untuk hamba hambanya.
Apa yang kau bakal dapat. Semua tu Allah yang bagi.
Cuba kau letakkan pergantungan kau SEPENUHNYA pada Allah!

Apa kau ingat 9A+/10A+/11A+ tu nikmat saja.
Ujian gak tu. Ujian untuk menilai sekadar mana kita mampu jadi orang yang bersyukur. Takabburkah kita selepas tu? Mutabaah amal kita bagaimana kemudiaannya? Walaweh. 9A+/10A+/11A+ itu gah di mata aku dan manusia.

Tapi bukan tiket utama masuk syurga pun ;P Najmil Faiz dahulu pun [Pelajar terbaik Asia] pernah gagal SPM.

Jaga-jaga!!
Bila berdoa.
Seharusnya.
Kita akan minta nak keputusan cemerlang lagi terbilang bukan?

Tapi.
Apa kata.
Kita doa minta Allah bagi perasaan redha terhadap apa yang kita dapat.
Redha tu kunci syukur kot. Nak jadi hamba yang bersyukur macam mana kalau tak redha. Redha tak bermakna tak perlu usaha.

Maksudnya.
Setelah berhabis tenaga berusaha. Redha dengan apa yang dapat. Sebab. Itu semua urusan Allah untuk uji kita..

Wednesday, February 20, 2013

hati kita ALLAH yang pegang

Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya. Belum tentu esok hari dia masih begitu. Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita.

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata. Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak.

Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya dan jangan sangka diri kita yang di atas landasan yang benar sekarang takkan pernah boleh buat silap. Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan. Iman manusia ada turun naiknya.

Siapalah kita nak nilai orang lain? Kalau rasa diri belum baik, teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah, berdoalah moga kekal istiqamah.

Tiada orang baik yang tiada masa lampau. Tiada orang jahat yang tiada masa hadapan. Berdoalah. Allah itu Maha Pengampun.


source : facebook 


Friday, February 15, 2013

bergantunglah hanya kepada ALLAH (;

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. 
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. 
Ketika orang lain merasa bahgia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu bahagia dengan Allah. 
Dan ketika orang lain pergi menghadap raja/pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu benar-benar mencintai Allah.
- ibn qayyum 

Sunday, February 3, 2013

mereka anak-anak hebat (:




Kami dilahirkan tidak untuk bermain PS
Kami dilahirkan tidak untuk bermain-main
Tangisan kami bukan tangisan kesedihan
Tangisan kami adalah tangisan kegembiraan, kegembiraan menyambut syahid di jalan-Nya



Kami memang tidak bisa tidur pulas
karena tiap malam kami selalu sibuk berdoa menanti syahid
Kami banyak kehilangan teman-teman kami
tapi, kami juga lebih banyak mempunyai saudara baru
Sekali lagi,

Kami dilahirkan hanya untuk berjuang
membela tanah kelahiran kami
karena ini adalah amanah Rasul kami


“BIRRUH BIDDAM NAFDIKA YA AQSA !”


sumber dari someone's tumblr (: