Friday, May 1, 2015
Kecintaan--
Cinta itu pada banyak benda,
pada banyak perkara.
Ada orang cintanya pada bunga,
ada orang cintanya pada hujan,
semua orang berbeza-beza.
Hakikatnya,
kecintaan yang lahir ini,
Adalah dari Tuhan.
Ia bisa menghilang bila-bila saja,
Dan mungkin akan kekal untuk satu tempoh masa,
Yang aku dan kau pun taktahu bila.
Dan untuk itu,
Aku doa, moga hati kita cuma dipenuhi cinta-cinta buat Tuhan,
bukan cuma bagian-bagian tapi keseluruhan.
bukan sekejap tapi berpanjangan.
Dan juga hakikatnya mencintai Tuhan,
Tidak memerlukan untuk aku mengenal wajahmu,
untuk menjadi tatapan,
Namun cukup dengan hanya menjadikan aku orang beriman,
dan menjiwai kata-kataMu Tuhan,
dalam Al-Quran.
0101515
Mesir.
catatan buat dia- (a)
Lewat bait-bait aksara yang kau ukilkan,
aku temui yang namanya kekuatan,
dan pastinya aku rasa dekat dengan Tuhan,
mungkin itu yang namanya keberkatan,
dan tarbiyyah dari Tuhan,
disampaikan melalui jiwa-jiwa yang tulus mencari cintaNYA.
kemanisan yang kau rasa,
terus-teruslah dikongsikan,
agar aku juga dapat tumpang bahagia indahnya hidup berTuhan.
teruslah menulis dengan jiwa,
teruslah menulis denan rasa,
supaya ia dekat denganku,
ia sampai kepadaku - pastinya dengan izin Tuhan
010515
Mesir.
Friday, April 3, 2015
Tulis
Bismillah.
Aku tulis dalam keadaan hati aku kosong,
tiada rasa.
Perit rasanya bila nak sangat tulis tapi tak tahu apa yang nak ditulis,
lama aku rasa aku begini.
Aku rindu dengan diri aku yang dulu,
menulis dirasakan dekat sekali dengan jiwaku,
mudah sahaja segalanya lahir lewat bait aksara yang aku cuba ekspresikan.
Aku suka menulis,
kerana aku tahu,
kadang banyak benda yang aku tidak mampu keluarkan melalui kata-kata,
pada kanvas putih itu,
aku selalu ceritakan apa yang aku rasa.
dan aku yakin apa yang aku rasa pada tika itu,
turut dirasakan oleh orang lain juga.
Mungkin,
kerana aku sudah kurang membaca,
mungkin kerana aku sudah mula kurang common sense-nya kah ?
Atau mungkin saja,
aku harus lebih banyak bercerita pada pemilik Aku.
Ya.
1610
040415
Bilik.
Aku tulis dalam keadaan hati aku kosong,
tiada rasa.
Perit rasanya bila nak sangat tulis tapi tak tahu apa yang nak ditulis,
lama aku rasa aku begini.
Aku rindu dengan diri aku yang dulu,
menulis dirasakan dekat sekali dengan jiwaku,
mudah sahaja segalanya lahir lewat bait aksara yang aku cuba ekspresikan.
Aku suka menulis,
kerana aku tahu,
kadang banyak benda yang aku tidak mampu keluarkan melalui kata-kata,
pada kanvas putih itu,
aku selalu ceritakan apa yang aku rasa.
dan aku yakin apa yang aku rasa pada tika itu,
turut dirasakan oleh orang lain juga.
Mungkin,
kerana aku sudah kurang membaca,
mungkin kerana aku sudah mula kurang common sense-nya kah ?
Atau mungkin saja,
aku harus lebih banyak bercerita pada pemilik Aku.
Ya.
Syed Qutub turut menulis di dalam Fi Zilaal Al-Qurannya,
“ Kata-kata itu, bisa mati. Kata-kata juga akan menjadi beku, meskipun ditulis dengan lirik yang indah dan semangat. Kata – kata akan menjadi seperti itu bila tidak muncul dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya. Dan seseorang mustahil memiliki keyakinan kuat terhadap apa yang dikatakannya, kecuali jika ia menterjemahkan apa yang ia katakana dalam dirinya sendiri, menjadi visualisasi nyata apa yang ia katakan”
1610
040415
Bilik.
Sunday, February 22, 2015
Bersih
Indahnya Tuhan,
membersihkan dosa-dosa kita,
lewat sujud taubat dan hati yang benar-benar mengharapkan keampunan Tuhan.
Pintu-pintu yang dibuka,
untuk setiap jiwa-jiwa yang ingin kembali padaNya,
dan setianya Tuhan menanti kita lewat pintu sana.
Lalu,
masihkah punya alasan untuk kita masih bermalas-malasan,
masih menyombongkan diri untuk sujud kepada Tuhan ?
He created us, so we can earn His mercy,
He didn't say He created us for hell.He created us, so we can earn His mercy,He wants us, He wants us to show His mercy.
- nouman ali khan
dan hal-hal yang paling menyentuh jiwa seorang hamba ini,
adalah apabila Allah memberitahu lewat Quran,
'except the one who repents, becomes a true believer, and starts doing good deeds, for then Allah will change his evil deeds into good, and Allah is Most Forgiving, Most Merciful. '
- 25:70
betap kasihnya Allah pada kita,
hinggakan orang-orang bertaubat itu dosanya akan menjadi kebaikan bagi dirinya.
sungguh-sungguh Allah nak kita masuk syurga,
tapi kita dilihat masih mencari jalan ke neraka.
'Iman memberi kita keberanian menentukan langkah,
Pengharapan menjadi target sebagai tujuan yang mengghairahkan,
Kasih menuntun nurani agar selalu ada di jalan yang direstui'
- Andrie Wongso
May Allah guide us to Him,
and shower us His mercy.
Bilik,
2338,
220215,
Mansoura, Mesir.
Sunday, January 11, 2015
Pengakhiran.
Bila tengok cerita Hijrah Cinta.
SubhanaAllah,
aku menyaksikan bagaimana,
mereka-mereka yang permulaanya,
Bersama dengan dosa,
dan pengakhirannya,
Dilihat sebagai husnul khatimah.
Betapa rahmat Allah tu sangat luas.
Dosa kita mungkin terlihat tinggi,
Mungkin dilihat tiada yang akan diampuni.
Tapi,
Kita tak sedar,
sedang yang memafkan itu bukan manusia,
Tetapi,
Yang menciptakan kita.
Allahu,
lalu aku melihat bagaimanlah pengakhiran kita.
Yang kadang ingat,
kadang lupa.
pada Allah.
Ya, iman kita yazid wa yankus,
tetapi sejauh mana kita cuma untuk keluar semula,
apabila sudah mula jatuh ke yang lebih curam ?
Moga pengakhiran kita,
dalam husnul khatimah.
Dan moga kita,
setiap hari saling berusaha,
untuk mendapatkan husnul khatimah itu.
Bi iznillah.
'Sudah banyak hidap kita diisi dengan tabung neraka, jadinya bagaimana dengan tabung syurga ? '
- Alm. Ust Jefri Albuchori
2222
110115
Lagi1paper.
Monday, January 5, 2015
Tetap utuh.
Tika diri disapa ujian,
yang aku kira berat,
yang aku kira sungguh aku tak kuat.
Dan aku tahu,
bukan aku sorang yang rasa,
pastinya mereka juga punya rasa yang sama.
Aku tidak tahu,
esok bagaimana.
Jadinya,
izinkan aku memaniskan saat-saat yang masih ada,
untuk aku memaknakan syukur,
kerana masih diberi banyaknya nikmat,
yang besar-besar semuanya.
Alhamdulillah 3ala kulli hal.
Dan aku cuma mampu doa,
dengan ujian ini,
kita semua diberi kekuatan,
mendekatkan diri pada Tuhan.
Aku terima andai yang esok tidak sama dengan yang harini,
kerana itu semua di luar batasku.
Tetapi aku yakin,
Allah ada rahsia,
untuk ujian yang harini,
dan pastinya Allah ada hikmah yang tersimpan rapi,
dan akan tiba bila masanya.
dan untuk itu,
tetaplah utuh keyakinan kau pada Dia.
jangan pernah goyah,
jangan pernah patah.
And,
K.nusrah pinjam ayat ya, heh.
"Everyone of us has needs for Allah. Just keep calling. Just have yakeen. Have conviction. If it is meant it will definitely come in your direction. May He open our doors and may He make us firm believers that for Him nothing is impossible" - Mufti Menk
Yakin dan yakin,
kerana Dia pemilik segalanya.
'Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.'
- 46:13
3harisebelumfinalexam
2234
050115
MogaAllahberikekuatan.
Sunday, December 7, 2014
Ujian
Di jauh,
aku lihat kau sedang diuji,
dengan ujian yang aku kira,
mungkin dalamnya kau tidak sedar,
dan sebab kau dan aku juga manusia,
terusnya kita akan berada dalam keadaan yang lupa dan leka,
dibuai dengan rasa 'indah' oleh tipu daya syaitan.
tidak selagi teguran dan nasihat itu datang menyapa.
di satu sisi,
aku resah memikirkan,
siapa yang akan datang menyelamatkan.
dan aku tidak tahu,
apakah wajar rasa ini ada,
sebab kau lawan aku,
tetapi kau seakidah denganku.
Dan aku kira kau logam yang berharga buat agama.
Jadinya,
aku doa,
Moga Allah kuatkan di balik ujian,
agar dengannya menjadikan kau manusia,
Yang meletakkan redha Allah yang utama.
2231
071224
Doa.
Wednesday, December 3, 2014
Disember!
Disember,
bakalan sesak dengan terlalu banyak perkara,
Segalanya bercampur,
baik final exam dan program yang tak henti-henti.
aku tak pasti,
bagaimana yang mendatang,
cuma aku mampu doa,
Ya Allah,
kuatkan aku untuk semuanya.
Disember,
moga segalanya baik-baik saja.
sekali lagi,
aku perlu untuk pegang hati,
bisik pada diri,
' You are stronger than you realize'
Dan,
moga kamu-kamu yang membaca,
sudilah mendoakan aku di sini.
Jzkk !
' In order to succeed, we must first believe that we can '
- Nikos Kazantzakis
2341
031214
Essaytaksiaplagi!
Wednesday, November 26, 2014
Siapa sangka--
Bismilillahirrahmanirrahim.
Siapa sangka,
Tulisan yang terasa biasa,
Bakal dibaca oleh semua,
Siapa sangka,
Yang pada mulanya tiada apa-apa,
Mula menjadi wadah utama.
dan aku kira,
rugilah kiranya,
tiada niat yang disertakan bersama.
Rugi sangat bukan ?
Dan moga dengannya tidak menjadikan,
kau lupa--
yang semuanya itu ilhamNya Dia,
sikitpun bukan kau punya.
Jadinya,
jangan lihat aku lebih dari sesiapa,
sebab ada bagian aku yang Allah simpan dari dilihat manusia,
Dan itu maknanya,
aku punya cacat cela,
yang banyaknya mungkin lebih dari kau dibalik sana.
Jadi aku minta,
doakan aku supaya tidak lari daripada sepatutnya.
Moga Allah redha.
1752
261114
17++HaiWinter!
Sunday, November 9, 2014
mimpi yang tertinggal
sepertinya,
aku pernah punya mimpi,
dan kini sepertinya tersembunyi,
mungkin di balik dinding.
dan bila aku cari,
masih belum ditemui.
moga saja aku bisa jumpa kembali,
agar bisa menjadi penguat diri.
2245
091113
rumahsendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)








