Wednesday, June 15, 2016

Hamba Rabbani

Bismillahirrahmanirrahim,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.







Untuk tiap-tiap nikmat yang paling indah,
Masih disapa iman dan menjadi Muslim kepada Tuhan Yang Satu,
Masih dihidupkan sebagai seorang 'Abid dan KhalifahNya,,
masih diberi kesempatan untuk memperbaiki,
tiap-tiap ruang rongak yang mencacatkan,
Masih dipilih Tuhan,
untuk tetap melalukan kebajikan,

Terima kasih Tuhan,
untuk segalanya yang telah Engkau hadirkan,
dan Engkau titipkan,
sebagai pengajaran dalam jalan untuk membina kekuatan,
moga terus tetap dalam ketaatan.

Di hayatku ini,
Allah,
Tetapkan aku di jalanMu,
Tuntuni aku sehingga tiba ke syurgaMu,
Akhiri aku dalam ketaatan dan beriman kepadaMu,
Titipkan sabar dalam ujian yang dihantarMu,
sabar juga dalam melakukan ketaatan,
dan sabar dengan sepenuhnya kesabaran.


Bantulah aku untuk tetap mensyukuri segala nikmatMu,
dan jadikan aku hambaMu yang tidak akan pernah berhenti mensyukuri apa yang diberi olehMu.


Ya Allah,
Redhailah aku,
Rahmatilah aku.

Tiadalah aku mengharapkan melainkan redhaMu dan keampunan dariMu.


21 Tahun,
Alhamdulillah 3ala kullu kullu nikmah.


"Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu."
- Surah Al-Hijr : 99



Adapun secara istilah, arti rabbani—sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali—adalah orang yang dekat dengan Allah. Ada pun hamba yang paling rabbani adalah hamba yang paling dekat dengan Allah.
(jadikanku hamba Rabbani)



11 Ramadhan 1437H,
0014,
Mansurah, Mesir.


Wednesday, January 27, 2016

Tentang cuti dan masa lapang

Bismillah,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.


Cuti,
biasanya apabila cuti ramai orang akan mengisi hari-hari mereka dengan ;

  1.  Bangun tidur
  2. Solat
  3. Tengok movie
  4. Tidur
Dan begitulah seputarnya kitaran hari-hari cuti yang ada, dan aku kira aku jugak termasuk dalam rutin tersebut.

Lalu aku terfikir,
apakah sebenarnya nilai tarbiyah yang telah dikecapi selama ini ?
adakah ianya cuma menjadikan diri kau insan yang sama, statik.
masih begitu sahaja. 
Setiap kali cuti yang ada, yang tiba, adakah masih sama seperti sebelum kau berjumpa dengan tarbiyah ?

Jika begitu, 
aku kira sia-sia sahajalah apa yang kau buat selama ini.

Bangunlah wahai diri !
Masa semakin singkat,
Jangan kau kira kau masih punya banyak masa.


Adakah kau sebenarnya ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan menyesali perbuatan yang pernah kau buat ?
Adakah kau ingin mati dalah keadaan Allah tidak redha dengan dirimu ?


Bangunlah !
Periksa imanmu,
Periksa hatimu.

Tidak semestinya apa yang dilakukan oleh orang lain itu.
harus sama dibuat oleh kau.

Tarbiyah itu sepatutnya melahirkan insan yang luar biasa !

Bilamana orang lain menghabiskan masa dengan ber-facebook, main game dan marathon segala movie yang ada,
Sepatutnya masa yang ada kau perguna untuk membaca,
mencari ilmu baru, yang mengasah akalmu, yang mematangkan dirimu.


Aku yakin,
Murabbi kita tidak bekerja sepenuh hati mereka,
Hanya untuk mempersiapkan daie picisan untuk bekerja pada ummah.


Muhasabah kembali apa yang telah kau perbuat selama cuti yang ada,
Perbaiki semula cutimu dengan sebaiknya,
Gunakan masa yang ada semaksimumnya.


Bangunkan dirimu,
Bangunkan dirimu,
Bangunkanlah dirimu.


270116,
Masihpanjanglagicuti.

Saturday, January 23, 2016

Tentang Masa.

Bismillah,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.





Harini hari kedua cuti,
Sempena winter break kali ni.

Harini ada lagi berita kematian,
Mereka umurnya lingkungan aku saja,
Masih muda.


Dan harini aku jumpa dua video,
Video Madmie Channel,
Satu tentang usaha dan masa.


Dan aku nak sentuh pasal masa,
Sebab aku rasa masa adalah antara perkara yang paling gerun,
Yang akan Allah tanya di padang Mahsyar nanti,
Tentang apa yang kita dah buat dengan masa yang ada,
Apa yang dah kita isi.

Gerun sangat,
Sebab kita punya masa bukan Cuma dalam bentuk jam,
Tapi kita juga ada minit dan saat,
Cuba kira dalam satu hari kita ada berapa saat,
Bukan kira berapa jam tapi berapa saat,
Banyak mana kita guna untuk ingat Allah,
Banyak mana yang kita guna untuk baca Quran,
Banyak mana yang kita guna untuk buat kerja-kerja kebajikan,
Dan banyak mana dah yang isi dengan perkara yang sia-sia .


Dan satu benda yang sangat dekat dengan masa adalah kematian.
Sekarang ni sangat jelas dan sangat banyak Allah tunjuk,
Yang ajal tu tak perlu untuk sakit,
Tak perlu untuk tua baru mati,
Tapi universal.

Makna kata bila memang dah ditetapkan,
Akan tiba juga saat kematian.

Tapi kita manusia selalu lupa,
Kita rasa kita muda,
Kita rasa kita ada banyak masa.


Sedangkan dah banyak dah yang kita rugi,
Rasanya kalau nak kira siapa yang paling kaya,
Kitalah tu.
Kaya dari segi banyaknya buang masa.


Ada satu ketika,
Setiap kali nak dekat exam,
Aku akan mengadu dengan kawan aku,
“Macam tak sempat ja ni, dah nak dekat dah dengan exam”,
Pastu kawan aku akan cakap “ awak sebelum ni buat apa ? Busy sangat ke ?”


Dan waktu tu aku mesti akan putar balik masa,
Dan last-last aku tak mampu pun bagi jawapan dekat dia.
Sebab tak jumpa yang time mana yang busy sangat sampai tak sempat study.
*menangis*

Sabda Rasulullah SAW :
"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )



 ----------

Ya Allah,
Bantu aku untuk isi masa cuti aku dengan sebaiknya,
Aku tak ingin lagi menjadi orang yang sama,
Menyiakan masa yang ada dengan sia-sia.

Bantu aku Ya Allah.



Moga Allah redha.


230116
2nddaywinterbreak,
Mansoura, Egypt.



Tuesday, January 19, 2016

Bersangka baik.

Bismillah,



"Untuk semuanya,
Maka bersangka baiklah.

Dengan Allah.
Ya?

*syukur dan terus syukur*"


- husnanajihah


Untuk segalanya,
Terima kasih Ya Allah!


Bila susah,
Engkau ingin mengajarkanku untuk tabah,
Bila resah,
Engkau ingin mengajarkan untuk sujud menyembah,
Bila segalanya mudah,
Engkau ingin mengajarkan ianya nikmat maka bersyukurlah!


Baik mudah atau susah,
Keduanya ada cinta yang ingin diajarkan Allah.

Maka berbahagialah,
Dan tersenyumlah!


Teruslah mencari dan meminta hikmah,
Agar cinta yang satu,
Hanya dan untuk Allah.


*senyumlagi*


180116
Postessay,
Dan untuk sekarang alhamdulillah.
Mansurah, Mesir.

Monday, January 18, 2016

Redha
















Bismillah,
permulaan penulisan aku pada tahun ini ; 2016.

Moga yang ditulis tidak datang melainkan dengan ilham dariNya,
yang memberikan segala rasa kepada manusia.


Redha,
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan redha ?
Dan bagaimana ?


Redha,
hakikatnya ia adalah sama seperti sabar,
mudah untuk dituturkan,
tapi tidak semudah itu untuk benar-benar merasai dengan hati.

kerana apa ?
kerana hati kita ini adalah tempat yang paling mudah,
untuk dibolak-balikkan,
dan yang menjadi sasaran utama si syaitan durjana.


redha itu apa ?
redha itu adalah apabila hati kita telah benar-benar menerima apa yang telah ditentukan Allah,
tanpa timbul persoalan 'kenapa aku',
redha itu adalah,
bilamana hati kita lapang,
dengan takdirnya,
tanpa ada sangkaan-sangkaan buruk terhadapNya.


itu untuk redha yang menjadi sifat manusia,
ada lagi satu redha yang antara paling tinggi nilainya,
iaitu untuk mendapatkan redha Allah.


bukankah nikmat tertinggi itu adalah apabila Allah redha,
untuk setiap satu amalan kita,
masa kita,
ibadah kita,
dan hidup kita.


kerana kita hidup ini bukan untuk sesiapa,
melainkan untuk mendapatkan keredhaanNya.



Allah,
bantulah aku untuk redha dengan apa yang bakal mendatang,
ajarkan aku untuk mencari hikmah bilamana aku merimanya,
bukan terus-terusan mempersoalkan.


Allah,
bantulah aku memaknai redha,
pada setiap masa,
pada setiap aturanMu.


180116,
Strugglinginthebattleinsideofme.
Mansoura,Mesir.


Thursday, December 31, 2015

Tentang 2015 ;




















Ada satu hal yang paling aku rindui dalam tahun 2015 ini ;
Buku dan menulis setiap rasa. Bilamana membaca semula apa yang telah aku tulis sebelumnya,Sepertinya aku sendiri tidak percaya ianya ditulis oleh aku. Aku rindu pada tulisan aku yang dulu,Ada jiwa pada setiap kata,Apakah mungkin kerana hati aku makin hilang rasa?Mungkin saja kerana hati ini penuh dengan dosa. Sedang membaca satu blog kegemeraan aku,Dan terjumpa ini :" It's just that when I try to write, I can't. I sit down at my desk and nothing comes-no ideas, no words, no scenes. Zero. Not too long ago i had a million things to write about. What in the world's happening to me "



Dan hakikatnya kecintaan yang kita rasakan harini,
belum tentu akan kekal,
kerana ianya milik Allah.


moga Allah pinjamkan kembali rasa yang pernah aku ada sebelum ini,
moga Allah beri kesempatan untuk menulis seperti dulu.



010116
TahunBaru,
Mansurah,Mesir.

Wednesday, September 16, 2015

Dulu dan sekarang.







2 hari lepas,
Aku pergi ambil sahabat baikku pulang.
Terasa lama sekali dia pergi,
Bila kira-kira kembali, tidak lebih 5 bulan pun lagi.
Haha,


Saling berkongsi cerita yang berlaku sepanjang tempoh itu--
sebab aku bukan jenis yang kadang nak contact dulu.
heh,


dan suatu ketika di kedai makan,
kami bersembang cerita mana yang belum sempat dicerita,
sambil mengejar waktu, 
kerana disuruh makku untuk mengambil anak buahku.


dia mengingatkanku,
dulu masa di form4 dan form 5,
seringkali aku bagitau dekat dia, 
nak kahwin nak kahwin,
tapi sekarang dia cakap,
kita dah tak dak mood nak cakap pasal kahwin.

haha dan aku mengiyakan.


masa yang berjalan,
seusai dengan semakin meningkatnya usia,
kita kadang tidak lagi akan bicara tentang sesuatu yang buat masa ini terlihat remeh,


mungkin kerana kita ini tidak lagi muda ?
muda untuk nak ada masa bersuka ria melayan perasaan dengan seorang pria,
apatah lagi untuk membicarakan tentang cinta pada yang lain jantina.


kerana,
seiring meningkatnya usia, kita makin sedar akan banyaknya benda untuk dilakukan, 
untuk difikirkan.
tentang hal diri yang masih selalu tewas dengan malas dan jahililah, 
tentang keluarga kita,
tentang pelajaran dan bidang yang akan aku ceburi,
dan pastinya tentang DnT dan ummah.


banyak sangat benda,
hingga tanpa sedari kita sedikit demi sedikit mula meletkkan prioriti pada apa yang ingin difikirkan.


apakah ini maknanya,
aku semakin dewasa ?

mungkin ini dewasa kecil barangkali.



160915
masihbercutidandirumah,
malaysia.

Tuesday, July 28, 2015

Impian yang kabur.



Jika kau tanya aku, apakah impianku ?
aku masih belum punya jawapan untuk itu.
aku masih belum mampu untuk menjawab persoalanmu.

Kerana,
aku umpama burung-burung yang terbang di awangan,
mencari arah mana yang aku perlu tuju,

aku kagum melihat mereka yang sebaya aku,
malah ada yang lebih muda dari aku,
punya cita-cita dan impian yang hebat.

ada yang ingin mengubah dunia,
ada yang ingin menjadi 'fighter',
ada juga yang ingin menjadika diri sebagai inspirasi orang lain 'to inspire others'.


aku cukup kagum melihat insan-insan ini,
apatah lagi bila menyaksikan usaha-usaha mereka.

aku cemburu,
Ya.
aku cemburu.

kerana aku belum begitu,
aku masih aku,
yang tiada hala tuju,
boleh aku katakan masih punya cita-cita jitu.

Ya.
aku sudah ada cita-cita,
dan aku sedang berada dalam usaha menujunya,
tetapi ini belum cukup,
ini hanya biasa-biasa.

aku mahu jadi insan luar biasa.

mungkin aku perlu jelajah lebih jauh lagi,
mungkin juga aku perlu campurkan semua impian mereka,
hingga menjadi satu.

tetapi aku masih belum tahu,
apakah itu.
doakan aku,
menemui impian aku.

masa berjalan,
aku tidak mahu menjadi insan ketinggalan.
sekali lagi,
doakan aku ya!














1252
290715
di hujung julai.



Sunday, July 5, 2015

Of rasa dan perasaan.



Kadang-kadang kita merasakan,
Ingin diluahkan segalanya pada insan-insan yang telah kita taburkan percaya,
Yang senantiasa ada bersama.

Setiap rasa manis hinggalah yang pahit,
Tetapi selalu saja apa yang rasa akhirnya cuma mampu dicerita lewat aksara,
Tidak lagi mampu terluah melalui kata-kata.

Tetapi kadang masih saja ada yang aksara juga tidak mampu menjadi manifestasi sebuah rasa.

Seperti bagaimananya rasa melihat sosok tua yang tetap kuat ke hulu ke hilir bagi mencari uang keluarga,
bagaimananya merasai hujan yang turun membawa rezeki dari Tuhan,
dan sebagainya.


"Think of all the feelings and ideas that we can't even put words to'
  ; Komorebi