Thursday, July 10, 2014

cuti yang penat --


bismillahirrahmanirrahim.


cuti 3 bulan ,
panjang yang terasa sangat panjang.

kalah cuti masa lepas spm haritu.
taktahu kenapa terasa penat sagant dengan cuti ni.


penat yang hingga terasa lelah--


sungguh,
masa lapang itu adalah pedang bagi jiwa pemuda.

------


dan kini terasa pedihnya.


masa lapang yang berlalu begitu sahaja ,
buatkan aku menggelupur --


sepatutnya masa ini bukan dibiarkan pergi,
tanpa ada coret di hati.


ahhhhhhhhh-----
dan aku lelah sekali lagi.


Allah,
pinjamkan kekuatanMu padaku ,
agar aku bisa gagah kembali,


' Gagah mencari Tuhan semula setelah hilang arah tuju. Gagah bangun balik setelah jatuh terhenyak berkali-kali. Gagah mengutip balik serpih-serpih jiwa yang berkecai-kecai tercicir. Gagah untuk tidak lagi memikirkan duka-duka sendiri.'
- k.nusrah 
 
pinjamkanlah Ya Ilahi.




0019




kosong --

' Aku kerap merasakan bahawa tempat aku bukan di sini, tempat di mana aku berdiri sekarang. Apa yang aku lakukan sering sahaja tidak tersentuh ke jiwa. '



mungkin ini masalah hati --
masalah jiwa.


apakah kerana terlalu banyaknya dunia yang mengisi ?
hingga ruang yang sepatutnya diisi dengan YANG SEPATUTNYA ,


menjadi kian kosong--

dan kosong.


dan mungkin saja batas waktu itu perlu untuk merubat,

segalanya.


semuanya, yang merajai diri khususnya;
HATI




' Namun ada masanya, kita tidak tahu apa masalah yang sedang melanda, apa penyelesaiannya. Namun, kita yakin kita berada dalam masalah, kerana jiwa kita sakit, luka yang darahnya bukan memercik keluar, sebaliknya mengalir perit di celah-celah susuk diri yang mencari. Ketika itu kita memerlukan rahmat Allah swt. Sesuatu yang hanya boleh datang dari DIA."

- Hasrizal Abdul Jamil, Menalar Makna Diri,



malaysia
0000
110714
12Ramadhan1435



ramadhan kareem




Ramadhan kareem !

Alhamdulillah thummalhamdulillah ,

Allah izin hingga saat ini untuk kita memasuki bulan yang mulia,

bulan yang padanya Al-Quran diturunkan kepada satu-satunya umat nabi yang diutus di dunia , Rasulullah s.a.w


-------


Ramadhan,
jika ini adalah yang terakhir buat kita ,
apa yang kita akan isi , apa yang kita akan buat ?



Ramadhan,
satu-satunya bulan yang mana menjadi kan kita 'Warrior' yang kuat untuk 11 bulan yang lain,
hanya bila kita juga mejadi 'Hero' dalam bulan ini.


Hero dalam melawan nafsu kita ,
Hero dalam memenangkan iman kita.


Ramadhan yang kita ada sekarang belum tentu kita akan dapat selepas ini.


Moga Allah beri kekuatan untuk melalakukan ibadah ,
untuk mujahadah melawan segalanya.


Moga Ramadhan ini tidak akan hanya diingati dengan satu perkataan , 'REGRET'

Bi iznillah !


malaysia
2137
100714
12Ramadhan1435



maafkan kami , GAZA !




maafkan kami, GAZA ,
kerana doa kami bermusim .

saat bom dibedil bertalu-talu kepada kalian ,
kami masih sibuk dengan juadah apa yang hendak dimakan untuk berbuka.

sedangkan kalian ,
tiada masa untuk memikirkannya.

hingga ada yang kata,
di Gaza ,

' sahur di dunia , iftar di Syurga '

Allahu,

saat kalian sedang berlari dari tembakan israel,
kami leka dengan bola siapa yang gol dulu,

maafkan kami, Gaza.

saat kalian tidak pernah berhenti mempertahankan bumi palestina itu,
kami masih dengan McD dan starbucks,


Maafkan kami, Gaza

kerana sayang kami pada kalian juga bermusim
T.T

maafkan kami , maafkan kami.

moga syurga buat kalian , para perindu Syurga :')



malaysia
2123
10072014
12Ramadhan1435

Sunday, May 25, 2014

kerana kita hamba



------

masa bergerak pantas ,

detik demi detik berlalu ,
tanpa sempat daun gugur ke bumi ,

tanpa sempat habiskan yang terlambak.


------

kita manusia ,
punya tenaga dan usaha .

meski masa semakin laju ,
meski kau merasa tiada kesempatan waktu ,


------

teruskanlah ,
jangan berhenti di tengah ,

kerana kita hanya manusia ,
dan kerana kita hamba.


------

masa itu milik Allah ,
kejayaan itu milik Allah .

jika sudah tertulis untuk sempat ,
dan untuk berjaya , 

tiada yang mampu menghalang ,
melainkan Dia.


-------

usaha dan teruskan usaha.

kerana ,

' Dan bahawa sesungguhnnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan '
 -an Najm : 39 

:')



250513
1349
Mesir

-- hati



-----

bilang pada hati ,
jangan jadi terlalu rapuh ,

yang selamanya rapuh ,

bilang pada hati ,
meski dunia seakan mengasak dan menyesakkan jiwa ,

sehingga menolak diri rebah ,

-----

kuatlah hati ,
dengan kekuatan dari Dia .

kerana dunia itu tidak lain dicipta untuk menyakiti ,
pasti akan tersakiti .

kerana kita bukan di Syurga.


-----

kuat sekarang ,
untuk kekuatan akan datang.


makhluk tiada yang sempurna ,

jadi ,
put down your high expectation.


sudah cukup dengan kau punya Allah di sisi.

:')




250513
1338
Mesir.

Sunday, April 20, 2014

Limited Edition

[ credit to tumblr ]



Bismillahirrahmanirrahim

-----------------------------


Wanita itu cantik. Sangat sangat cantik. Hinggakan dirinya dicemberui bidadari-bidadari syurga sana.
Tapi bukan semua,
Hanya yang solehah di dunia ini sahaja.

Wanita itu bersifat limited edition but what truly did make them, us limited edition?

Melalui,

Auratnya yang tersimpul rapi disebalik pakaiannya yang mengikut syariat dan dirinya tegas apabila bukan bersama mahramnya , ikhtilatnya sentiasa terjaga demi mengelakkan fitnah dunia.

Two highlight things :
1. Aurat
2. Ikhtilat

Apa sudah selesai keduanya?

Jika belum, jom ! Because its never too late and once you feel want to change. Just go with your heart and never turning back. Cuz Allah do count even a small effort :') Tengok kalau more than that mestilah lagi Allah count , isn'it ? ;)

Betapa Allah sangat sayang kepada hambaNya.

Yang sudah memakai tudung labuh , stoking and everything pun kena sentiasa re-check balik pakaian and everything,

sebab ,
Belum tentu apa yang kita pakai sekarang sudah Allah redha dengannya. kan ?
T.T

Let's us dress to pleased the Creator, Allah.
Not the creatures.


'And if any strive (with might and main), they do so for their own souls: for Allah is free of all needs from all creation.'
- 29 ; 6

Ayuh berlari-lari menuju syurgaNya ! Fastabiqul khairat ! ;)

Monday, December 16, 2013

musafir ini.




Bismillahirrahmanirrahim

-------

musim sejuk bermula ,
angin sejuk memenuhi komposisi udara yang ada ,
hingga akhirnya matahari hanya tinggal sinarnya .

yang panas telah diganti dengan sejuk.
yang terbuka terganti yang tertutup ,
dan yang nipis semakin menebal .


-------

musim sejuk , alhamdulillah kerna diberi pengalaman untuk merasainya .
nikmat yang tiada terganti .

banyak ibrah daripadanya ,
dan banyak kekuatan diperlukan .

musim sejuk ini ,
sangat-sangat memerlukan kekuatan dan mujahadah yang tinggi .
untuk tetap kuat melakukan ibadah ,
untuk tetap kuat menunaikan hak sebagai musafir ilmu .

selalu yang keluar dari bibir ini ,
hanyalah rungutan ,
sejuk sejuk sejuk dan sejuk.

tanpa aku sedari,
sejuk ini juga dirasai oleh mereka yang di kawasan syria dan palestin .
sejuk ini datangnya dari Khaliq.

pastinya kehadirannya kosong tiada bersebab ,

musim sejuk ini ibarat musim bunga bagi orang beriman .
sebab bila sejuk , masa petangya pendek untuk berpuasa ,
dan malamnya panjang untuk tunaikan hak sebagai hamba.

jadi , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?


------

wahai hati ,
wahai diri ,
kuatlah , kuatlah , kuatlah untuk bertahan hingga ke akhirnya ,
nikmat ini ujian untuk melatih diri ,
untuk menguji sejauh mana cintamu kepada Rabb.
apakah cintamu itu hanya setakat di atas katil ?

adakah tetap kuat untuk bangun malam ,
adakah tetap kuat untuk belajar dengan tangan yang tak pernah henti sejuknya ?
atau tersungkur dengan saratoga yang sejuk ?


------

tajdid niat.
Allah mohon kekuatan daripadaMu ,
kerna aku tiada akan pernah kuat tanpaMu.






Tuesday, December 10, 2013

kerna kita manusia

Bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah untuk harini ,
Allahamdulillah untuk nikmat Iman dan Islam ,
yang masih kekal sehingga ke harini ,
dan moga kekal sehingga dibangkitkan di mahsyar nanti .

----------

kita ini manusia ,
yang mudah sekali alpa dan leka dengan apa jua perkara ,

kadang ,
bila terasa selesa dengan sesuatu ,
hingga lupa yang dilakukan itu adalah dosa ,
sehingga makin lama karat di hati semakin menghitam ,


takkan rasa itu ,
kerna dosa itu ibarat kudis ,
semakin digaru semakin asyik , semakin seronok.

-----------

kerna kita manusia ,
perlunya pada perringatan dan segala bentuk nasihat ,

kadang mungkin kita tak nampak yang Allah sedang ajarkan kita sesuatu ,
melalui musibah , kesukaran , kegagalan dan sebagainya .

Allah tidak pernah meninggalkan kita ,
jauh sekali melupakan kita .

dan Allah juga akan menghantarkan sahabat-sahabat yang
akan tolong untuk membasahkan kembali hamasah ,
menarik kembali kita ke jalanNya .

-------

duhai sahabat yang sedang membaca ,
teruskan memberi kata peringatan kepada diri yang lupa ini .

kerna aku sering terlupa ,
kerna aku hanya manusia .


Tuesday, November 19, 2013

baru kena jentik

bismillahirrahmirrahim ,

baru kena test sikit dah sentap ,

baru sakit sikit dah teriak ,

baru dan baru dan baru ,

baru dapat ujian sikit dari Allah , dah lemah ,

dah longlai , macam mana nak bawak gerabak ?

-------

duhai hati ,
ujian itu dibuat dari Allah , buat hamba Allah , untuk balik kepada Allah .

kerna , kita lemah tanpa kekuatan daripadaNya ,

namun , tidak Allah bagi ujian itu yang tidak mampu kita bebani .

'Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. ' 2;286
-------

ujian tanda Allah sayang .

kemon, kemon kau kuat , kita semua kuat sebab kita ada Allah .

be strong , solat dan sabar .


first post from egip,
exam mood : on
bismillah.