Friday, June 24, 2016

#Catatan Ramadhan 1437H

Bismillahirrahmanirrahim,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.


Alhamdulillah 3ala kullu nikmah,
Untuk nikmat merasai ramadhan,
untuk nikmat iman dan Islam,
dan untuk banyaknya nikmat yang tidak pernah henti Allah menghantarkan.


dan alhamdulillah,
untuk nimat merasai tarbiyah Ramadhan di Mesir,
dalam keadaan selesai dengan kelas dan peperiksaan !


moga sedikit coretan ini mampu untuk menjadi kenangan pertama berpuasa di perantauan !
bi iznillah ;')


Diberi izin Allah untuk berpuasa selama 15 hari,
tarbiyah yang terlalu manis untuk aku dapatkan :)


bermula bagaimana aku pernah memasang niat untuk berpuasa di luar dari zon selesa (baca : rumah), buatkan aku nekad untuk tidak balik awal sedang kawan-kawan yang lain kebanyakannya semua sudah pulang dan memandangkan batch kami adalah yang terpaling awal habis exam di Mansurah, maka semua orang berebut untuk pulang ke Tanah air.

dan akhirnya di izin Allah.


entah bagaimana ingin aku bermula untuk menceritakan sebab terlalu banyak untuk diceritakan,
tetapi tidak mengapa, moga yang diizin Alah untuk aku tulis ini,
mampu menjadi kekuatan di masa akan datang.


Satu hari ni, aku keluar bersama seorang ukhti tersayang, hendak survey barang sedikit di Metro memandangkan aku ditugaskan untuk menjalankan Program Shantah Ramadhan. Setelah selesai memilih barang dan mmebayar kami siap untuk pulang dan ambil teksi. Lalu kami pun keluar dari Metro tu, semasa keluar di satu sisi kami melihat ada seorang perempuan bersama seorang anak perempuan mendatangi kami untuk meminta sedekah. Aku cuba jalan sahaja tanpa melayannya tetapi ukhti yang bersamaku berhenti . Aku memerhatikan dia bertanyakan sesuatu dan berbicara dengan perempuan tadi dan setelah itu barulah diberi wang kepada perempuan tersebut.


Semasa di dalam teksi, aku bertanyakan kepadanya,

Aku : akak tanya apa tadi ? 
Ukhti A :  oh, suruh dia baca fatihah tadi.
Aku : ohhh menariknyaaa !
Ukhti A : haah, kita tanyalah dia anything about Islam, tanyalah pasal rukun islam ke, solat ke anything yang boleh macam give sparkle in her heart about Islam sebab kadang-kadang tu semua orang sedar je diri dia Islam and tinggal kita yang macam nak ketuk sikit, sekurang-kurangnya dia diingatkan :) 
Aku : oooo haah betul jugak tuuu, wahhhhh menariknyaaaaaaaa *mata blink-blink muka kagum sangat *

Sangat-sangatlah menarik dan terkesan dengan tindakan ukhti tu sebab selalu kalau bagi sedekah, bagi jelah duit tu dan jalan je macam biasa. But she did not, and how she do what Rasulullah told us to, which is sampaikanlah darimu walau satu ayat. And this is the way that the daie should do and act.

Sebab kadang-kadang tu kita tak perlukan satu wadah yang sangat besar ataupun yang biasa kita buat macam program ke, forum ke, daurah ke untuk sampaikan sesuatu, tetapi dengan akhlak kita pun kita mampu untuk menyebarkan Rahmah dan dakwah tu :)

And it reflect to me that, setiap perkara even sekecil-kecil perkara mampu menjadi wadah utnuk kita menyebarkan cinta Allah dan buat dakwah tu. Cumanya berbalik kepada kita samaada kita merasakan ia adalah peluang untuk berbuat kebajikan ataupun tidak :)


dan pastinya tidak lain dan tidak bukan itu adalah hadiah daripada Allah untuk aku pada haritu :')
Alhamdulillah.



21 Ramadhan 1437H,
Malaysia.
 
 


Wednesday, June 15, 2016

Hamba Rabbani

Bismillahirrahmanirrahim,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.







Untuk tiap-tiap nikmat yang paling indah,
Masih disapa iman dan menjadi Muslim kepada Tuhan Yang Satu,
Masih dihidupkan sebagai seorang 'Abid dan KhalifahNya,,
masih diberi kesempatan untuk memperbaiki,
tiap-tiap ruang rongak yang mencacatkan,
Masih dipilih Tuhan,
untuk tetap melalukan kebajikan,

Terima kasih Tuhan,
untuk segalanya yang telah Engkau hadirkan,
dan Engkau titipkan,
sebagai pengajaran dalam jalan untuk membina kekuatan,
moga terus tetap dalam ketaatan.

Di hayatku ini,
Allah,
Tetapkan aku di jalanMu,
Tuntuni aku sehingga tiba ke syurgaMu,
Akhiri aku dalam ketaatan dan beriman kepadaMu,
Titipkan sabar dalam ujian yang dihantarMu,
sabar juga dalam melakukan ketaatan,
dan sabar dengan sepenuhnya kesabaran.


Bantulah aku untuk tetap mensyukuri segala nikmatMu,
dan jadikan aku hambaMu yang tidak akan pernah berhenti mensyukuri apa yang diberi olehMu.


Ya Allah,
Redhailah aku,
Rahmatilah aku.

Tiadalah aku mengharapkan melainkan redhaMu dan keampunan dariMu.


21 Tahun,
Alhamdulillah 3ala kullu kullu nikmah.


"Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu."
- Surah Al-Hijr : 99



Adapun secara istilah, arti rabbani—sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali—adalah orang yang dekat dengan Allah. Ada pun hamba yang paling rabbani adalah hamba yang paling dekat dengan Allah.
(jadikanku hamba Rabbani)



11 Ramadhan 1437H,
0014,
Mansurah, Mesir.


Wednesday, January 27, 2016

Tentang cuti dan masa lapang

Bismillah,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.


Cuti,
biasanya apabila cuti ramai orang akan mengisi hari-hari mereka dengan ;

  1.  Bangun tidur
  2. Solat
  3. Tengok movie
  4. Tidur
Dan begitulah seputarnya kitaran hari-hari cuti yang ada, dan aku kira aku jugak termasuk dalam rutin tersebut.

Lalu aku terfikir,
apakah sebenarnya nilai tarbiyah yang telah dikecapi selama ini ?
adakah ianya cuma menjadikan diri kau insan yang sama, statik.
masih begitu sahaja. 
Setiap kali cuti yang ada, yang tiba, adakah masih sama seperti sebelum kau berjumpa dengan tarbiyah ?

Jika begitu, 
aku kira sia-sia sahajalah apa yang kau buat selama ini.

Bangunlah wahai diri !
Masa semakin singkat,
Jangan kau kira kau masih punya banyak masa.


Adakah kau sebenarnya ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan menyesali perbuatan yang pernah kau buat ?
Adakah kau ingin mati dalah keadaan Allah tidak redha dengan dirimu ?


Bangunlah !
Periksa imanmu,
Periksa hatimu.

Tidak semestinya apa yang dilakukan oleh orang lain itu.
harus sama dibuat oleh kau.

Tarbiyah itu sepatutnya melahirkan insan yang luar biasa !

Bilamana orang lain menghabiskan masa dengan ber-facebook, main game dan marathon segala movie yang ada,
Sepatutnya masa yang ada kau perguna untuk membaca,
mencari ilmu baru, yang mengasah akalmu, yang mematangkan dirimu.


Aku yakin,
Murabbi kita tidak bekerja sepenuh hati mereka,
Hanya untuk mempersiapkan daie picisan untuk bekerja pada ummah.


Muhasabah kembali apa yang telah kau perbuat selama cuti yang ada,
Perbaiki semula cutimu dengan sebaiknya,
Gunakan masa yang ada semaksimumnya.


Bangunkan dirimu,
Bangunkan dirimu,
Bangunkanlah dirimu.


270116,
Masihpanjanglagicuti.

Saturday, January 23, 2016

Tentang Masa.

Bismillah,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.





Harini hari kedua cuti,
Sempena winter break kali ni.

Harini ada lagi berita kematian,
Mereka umurnya lingkungan aku saja,
Masih muda.


Dan harini aku jumpa dua video,
Video Madmie Channel,
Satu tentang usaha dan masa.


Dan aku nak sentuh pasal masa,
Sebab aku rasa masa adalah antara perkara yang paling gerun,
Yang akan Allah tanya di padang Mahsyar nanti,
Tentang apa yang kita dah buat dengan masa yang ada,
Apa yang dah kita isi.

Gerun sangat,
Sebab kita punya masa bukan Cuma dalam bentuk jam,
Tapi kita juga ada minit dan saat,
Cuba kira dalam satu hari kita ada berapa saat,
Bukan kira berapa jam tapi berapa saat,
Banyak mana kita guna untuk ingat Allah,
Banyak mana yang kita guna untuk baca Quran,
Banyak mana yang kita guna untuk buat kerja-kerja kebajikan,
Dan banyak mana dah yang isi dengan perkara yang sia-sia .


Dan satu benda yang sangat dekat dengan masa adalah kematian.
Sekarang ni sangat jelas dan sangat banyak Allah tunjuk,
Yang ajal tu tak perlu untuk sakit,
Tak perlu untuk tua baru mati,
Tapi universal.

Makna kata bila memang dah ditetapkan,
Akan tiba juga saat kematian.

Tapi kita manusia selalu lupa,
Kita rasa kita muda,
Kita rasa kita ada banyak masa.


Sedangkan dah banyak dah yang kita rugi,
Rasanya kalau nak kira siapa yang paling kaya,
Kitalah tu.
Kaya dari segi banyaknya buang masa.


Ada satu ketika,
Setiap kali nak dekat exam,
Aku akan mengadu dengan kawan aku,
“Macam tak sempat ja ni, dah nak dekat dah dengan exam”,
Pastu kawan aku akan cakap “ awak sebelum ni buat apa ? Busy sangat ke ?”


Dan waktu tu aku mesti akan putar balik masa,
Dan last-last aku tak mampu pun bagi jawapan dekat dia.
Sebab tak jumpa yang time mana yang busy sangat sampai tak sempat study.
*menangis*

Sabda Rasulullah SAW :
"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )



 ----------

Ya Allah,
Bantu aku untuk isi masa cuti aku dengan sebaiknya,
Aku tak ingin lagi menjadi orang yang sama,
Menyiakan masa yang ada dengan sia-sia.

Bantu aku Ya Allah.



Moga Allah redha.


230116
2nddaywinterbreak,
Mansoura, Egypt.



Tuesday, January 19, 2016

Bersangka baik.

Bismillah,



"Untuk semuanya,
Maka bersangka baiklah.

Dengan Allah.
Ya?

*syukur dan terus syukur*"


- husnanajihah


Untuk segalanya,
Terima kasih Ya Allah!


Bila susah,
Engkau ingin mengajarkanku untuk tabah,
Bila resah,
Engkau ingin mengajarkan untuk sujud menyembah,
Bila segalanya mudah,
Engkau ingin mengajarkan ianya nikmat maka bersyukurlah!


Baik mudah atau susah,
Keduanya ada cinta yang ingin diajarkan Allah.

Maka berbahagialah,
Dan tersenyumlah!


Teruslah mencari dan meminta hikmah,
Agar cinta yang satu,
Hanya dan untuk Allah.


*senyumlagi*


180116
Postessay,
Dan untuk sekarang alhamdulillah.
Mansurah, Mesir.

Monday, January 18, 2016

Redha
















Bismillah,
permulaan penulisan aku pada tahun ini ; 2016.

Moga yang ditulis tidak datang melainkan dengan ilham dariNya,
yang memberikan segala rasa kepada manusia.


Redha,
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan redha ?
Dan bagaimana ?


Redha,
hakikatnya ia adalah sama seperti sabar,
mudah untuk dituturkan,
tapi tidak semudah itu untuk benar-benar merasai dengan hati.

kerana apa ?
kerana hati kita ini adalah tempat yang paling mudah,
untuk dibolak-balikkan,
dan yang menjadi sasaran utama si syaitan durjana.


redha itu apa ?
redha itu adalah apabila hati kita telah benar-benar menerima apa yang telah ditentukan Allah,
tanpa timbul persoalan 'kenapa aku',
redha itu adalah,
bilamana hati kita lapang,
dengan takdirnya,
tanpa ada sangkaan-sangkaan buruk terhadapNya.


itu untuk redha yang menjadi sifat manusia,
ada lagi satu redha yang antara paling tinggi nilainya,
iaitu untuk mendapatkan redha Allah.


bukankah nikmat tertinggi itu adalah apabila Allah redha,
untuk setiap satu amalan kita,
masa kita,
ibadah kita,
dan hidup kita.


kerana kita hidup ini bukan untuk sesiapa,
melainkan untuk mendapatkan keredhaanNya.



Allah,
bantulah aku untuk redha dengan apa yang bakal mendatang,
ajarkan aku untuk mencari hikmah bilamana aku merimanya,
bukan terus-terusan mempersoalkan.


Allah,
bantulah aku memaknai redha,
pada setiap masa,
pada setiap aturanMu.


180116,
Strugglinginthebattleinsideofme.
Mansoura,Mesir.


Thursday, December 31, 2015

Tentang 2015 ;




















Ada satu hal yang paling aku rindui dalam tahun 2015 ini ;
Buku dan menulis setiap rasa. Bilamana membaca semula apa yang telah aku tulis sebelumnya,Sepertinya aku sendiri tidak percaya ianya ditulis oleh aku. Aku rindu pada tulisan aku yang dulu,Ada jiwa pada setiap kata,Apakah mungkin kerana hati aku makin hilang rasa?Mungkin saja kerana hati ini penuh dengan dosa. Sedang membaca satu blog kegemeraan aku,Dan terjumpa ini :" It's just that when I try to write, I can't. I sit down at my desk and nothing comes-no ideas, no words, no scenes. Zero. Not too long ago i had a million things to write about. What in the world's happening to me "



Dan hakikatnya kecintaan yang kita rasakan harini,
belum tentu akan kekal,
kerana ianya milik Allah.


moga Allah pinjamkan kembali rasa yang pernah aku ada sebelum ini,
moga Allah beri kesempatan untuk menulis seperti dulu.



010116
TahunBaru,
Mansurah,Mesir.

Wednesday, September 16, 2015

Dulu dan sekarang.







2 hari lepas,
Aku pergi ambil sahabat baikku pulang.
Terasa lama sekali dia pergi,
Bila kira-kira kembali, tidak lebih 5 bulan pun lagi.
Haha,


Saling berkongsi cerita yang berlaku sepanjang tempoh itu--
sebab aku bukan jenis yang kadang nak contact dulu.
heh,


dan suatu ketika di kedai makan,
kami bersembang cerita mana yang belum sempat dicerita,
sambil mengejar waktu, 
kerana disuruh makku untuk mengambil anak buahku.


dia mengingatkanku,
dulu masa di form4 dan form 5,
seringkali aku bagitau dekat dia, 
nak kahwin nak kahwin,
tapi sekarang dia cakap,
kita dah tak dak mood nak cakap pasal kahwin.

haha dan aku mengiyakan.


masa yang berjalan,
seusai dengan semakin meningkatnya usia,
kita kadang tidak lagi akan bicara tentang sesuatu yang buat masa ini terlihat remeh,


mungkin kerana kita ini tidak lagi muda ?
muda untuk nak ada masa bersuka ria melayan perasaan dengan seorang pria,
apatah lagi untuk membicarakan tentang cinta pada yang lain jantina.


kerana,
seiring meningkatnya usia, kita makin sedar akan banyaknya benda untuk dilakukan, 
untuk difikirkan.
tentang hal diri yang masih selalu tewas dengan malas dan jahililah, 
tentang keluarga kita,
tentang pelajaran dan bidang yang akan aku ceburi,
dan pastinya tentang DnT dan ummah.


banyak sangat benda,
hingga tanpa sedari kita sedikit demi sedikit mula meletkkan prioriti pada apa yang ingin difikirkan.


apakah ini maknanya,
aku semakin dewasa ?

mungkin ini dewasa kecil barangkali.



160915
masihbercutidandirumah,
malaysia.

Tuesday, July 28, 2015

Impian yang kabur.



Jika kau tanya aku, apakah impianku ?
aku masih belum punya jawapan untuk itu.
aku masih belum mampu untuk menjawab persoalanmu.

Kerana,
aku umpama burung-burung yang terbang di awangan,
mencari arah mana yang aku perlu tuju,

aku kagum melihat mereka yang sebaya aku,
malah ada yang lebih muda dari aku,
punya cita-cita dan impian yang hebat.

ada yang ingin mengubah dunia,
ada yang ingin menjadi 'fighter',
ada juga yang ingin menjadika diri sebagai inspirasi orang lain 'to inspire others'.


aku cukup kagum melihat insan-insan ini,
apatah lagi bila menyaksikan usaha-usaha mereka.

aku cemburu,
Ya.
aku cemburu.

kerana aku belum begitu,
aku masih aku,
yang tiada hala tuju,
boleh aku katakan masih punya cita-cita jitu.

Ya.
aku sudah ada cita-cita,
dan aku sedang berada dalam usaha menujunya,
tetapi ini belum cukup,
ini hanya biasa-biasa.

aku mahu jadi insan luar biasa.

mungkin aku perlu jelajah lebih jauh lagi,
mungkin juga aku perlu campurkan semua impian mereka,
hingga menjadi satu.

tetapi aku masih belum tahu,
apakah itu.
doakan aku,
menemui impian aku.

masa berjalan,
aku tidak mahu menjadi insan ketinggalan.
sekali lagi,
doakan aku ya!














1252
290715
di hujung julai.