Wednesday, March 14, 2012

muslimah pendamba syurga ILAHI


Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan peribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari syurga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak Islami
Semakin berwibawa kerana auratmu terhijabi

Saat wanita lain bergelumang dengan kesenangan dunia
Menari-nari di atas lantai dansa
Berpeleseran bersama rakan sebaya
Engkau justeru mengurung diri
Mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib
Mengembara dalam pencarian jati diri.

Di saat wanita lain asyik memilih busana trendy
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlumba mempamerkan aurat mereka
Engkau justeru tampil bersahaja
Dalam balutan gamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang.

Di saat wanita-wanita lain tertawa lepas
Menikmati euphoria tanpa batas
Menebar cinta basi pada lelaki
Engkau justeru menangis dalam sujud
Mendaki taubat dalam bukit tahajud
Mengemis ampunan pada Penggenggam nyawa
Menutup lisan dari bicara sia-sia

Di saat wanita-wanita lain mengidolakan
Selena Gomez, Britney Spears, Avril Lavinge, Maddona
Engkau mengidolakan Khadijah, Maryam, Aisyah, Fatimah
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justeru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Kerana takut jatuh pada perbuatan riya'.

Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justeru menghabiskan waktumu di musholla
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya.
Merenda istighfar di atas sajadah cinta.
Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman
Bercengkerama liar dengan segala kemewahan
Sibuk memuja artis-artis idaman
Engkau justeru sibuk mengkaji ilmu
Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu
Berjibaku dengan segala kesulitan
Meneriakkan kalimat jihad perubahan

Di saat wanita-wanita lain sibuk menenteng majalah erotis
Menggumbar gosip sesama mereka secara sadis
Engkau justeru teguh pada Al-Qur'an dan hadis
Yang kau jadikan pegangan hidup
Agar iman di dadamu tidak redup.

Wanita pendamba syurga...
Agungnya akhlakmu berselimut mutiara
Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama
Akan Allah amanahkan
Engkau calon madrasah pertama
Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia.
Biidznillah.



 just copy n paste from iluvislam .
semoga kita dapat mnjadi seorang muslimah yang mendambakan syurga ALLAH <3

lelaki handsome yang menjadi idamanku .

lelaki handsome yang menjadi idamanku hanyalah insan biasa iaitu lelaki yang dapat mengimamkanku dan keluargaku dan dapat mendegarkan ayat-ayat cinta ALLAH kepadaku <3


Lelaki yg handsome bukan lelaki yg pandai menyanyikan lagu untuk menghiburkan kekasihnya..


Tetapi lelaki yg handsome itu adalah lelaki yg pandai membaca Al-quran dan menjadi imam untuk isteri dan jua anak2nya..♥


semoga aku akan mendapat lelaki handsome tersebut :) from MUSLIMAH TO LELAKI SOLEH .

Sunday, March 11, 2012

kerana wanita itu berharga

[1] Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


[2] Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


[3] Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


[4] Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


[5] Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


[6] Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus

kita sendiri yang akan merasainya .

Bismillahirrahmanirrahim .
still breath with oxygen given by HIM , hear the sound of alam , see the beautiful of ALLAH's creation .
alhamdulillah :)



apabila hati kita terasa jauh dariNYA , kita sendiri yang akan merasa sesuatu yang lain dengan hati kita . kita akan merasa di mana hati kita yang dulu , di mana hati yang sebelumnya akan bergetar hatinya apabila menyebut nama ALLAH . kita akan tercari-cari hati itu . hati yang sangat rindu kepadaNYA . 

YA ALLAH ,aku merindui hatiku , hati yang mana takut untuk lalai dari mengingatiMU. YA ALLAH kurniakanlah hati yang baru kepadaku , andai aku tidak dapat mencari hatiku ketika solat ,
andai tidak ku temui hatiku ketika aku membaca surat cintaMU , andai tidak ku jumpa hatiku semasa mengingati kematian.

takutlah kita andai hati kita ini bukan lagi menjadi milik kita . sedarilah perkara itu sebelum terlambat . bersihkanlah jiwamu kerana mungkin terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan kepadaNYA . sujudlah memohon taubat kepadaNYA , kerana DIA MAHA PENGAMPUN . 


dan mungkin juga ini caraNYA untuk menguji dirimu , tabahlah wahai diri .
moga dengan ujianMU ini , aku akan mendekatkan diriku kepadaMU .
selalu orang berkata , segala ujian yang diberikan olehNYA adalah salah satu cara untuk kau dekatkan diri dengan ALLAH <3

penawar hati takutkan ALLAH , bacalah al-quran , ingatkan mati .