بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
"Kita hidup dalam zon selesa. Sampai kita lupa yang kondisi iman kita makin bahaya." - mato
benda macam ni senang sangat nak jadi masa kita dekat rumah . esp budak-budak uni yang cuti sem ke tak kisah lah apa jenis cuti pun kan .
senang cerita ayat yang sesuai ialah futur .
FUTUR .
bila kita ada terlalu banyak sangat masa lapang ,
dah la dekat rumah memang kuranglah makanan rohani kita ni ,
sebab selalu kalau dekat kolej ada kawan-kawan selalu ajak ,
this is the point where the battle between iman and nafs begin .
and I believe this battle is very hard .
kalau dekat mesir , syria , gaza , rohingya ,
diorang kena berjihad melawan musuh yang memang nyata ,
berjahid sehabisnya demi menegakkan Islam di negara mereka .
mereka berlawan dengan saudara yang sama agamanya ,
tapi kita tak sedar ,
kita sibuk cakap ' aku tak boleh duk diam , aku nak g mesir jihad sama-sama dengan depa '
padahal ,
ni jihad paling sengit , paling hebat ,
duk ada depan mata ja ,
jihad dalam melawan nafsu demi memenangkan iman dalam diri .
supaya hati terjaga daripada nak buat benda-benda yang memang akan dapat bagi cat hitam dekat hati kita .
monolog dalaman yang confirm ada , duk bisik dalam diri .
iman : jom solat asar , dah masuk waktu
nafsu : sat gi lah , kita tengok running man dulu nak stat dah ni .
iman : jom tengok dailyreminder dekat utube
nafsu : jom tengok we got married dulu
and macam-macam lagi ,
but malangnya selalu nafsu ja yang duk menang , selalu sangat at first place .
bila nafsu menang , yalah candycrush ja 24 jam ,
sampai tak ingat bila last tadabbur ,
*parah parah*
iman kita dah kritikal sangat sangat , nazak ,
tunggu nak table death je .
EXPIRE .
" Sesungguhnya perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah masa lapang, jika tidak diisi dengan perkara berfaedah " - Rasulullah s.a.w
sebab tu , mujahadah amat sangat perlu ,
kesian inche iman selalu kalah , kita kena bagi dia ja yang menang lepas ni .
once , kita dah berjaya buat inche IMAN menang at First Place !
hang kira hebat lah tuuu , bolehlah kalau lepas ni nak p jihad dekat palestin *hihihi*
ingat , kalau dekat kolej kita ada kawan yang boleh kejutkan kita , boleh tarik balik kita
tapi kalau kita dekat rumah ,
its between you and yourself !
PRANG PRANG PRANG !
so , kita kena pandai plan apa yang kita boleh isi masa cuti ,
masa lapang yang ada ni.
biar penuh , biar setiap masa yang ada mampu buat kita dekat dengan Allah .
jangan biar kerana masa buat kita jauh dengan Allah .
so , kita kena pandai plan apa yang kita boleh isi masa cuti ,
masa lapang yang ada ni.
biar penuh , biar setiap masa yang ada mampu buat kita dekat dengan Allah .
jangan biar kerana masa buat kita jauh dengan Allah .
lastly ,
moga ayat ini dapat memberi ibrah kepada kita .
Rasulullah s.a.w berpesan :
إن الله ليعجب من الشباب الذى ليس له صبؤة
“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda
(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah)”
ingatan dan nasihat buat diri sendiri.
jaga iman , jangan biar nazak selalu .
moga Allah redha .