Sunday, May 25, 2014

kerana kita hamba



------

masa bergerak pantas ,

detik demi detik berlalu ,
tanpa sempat daun gugur ke bumi ,

tanpa sempat habiskan yang terlambak.


------

kita manusia ,
punya tenaga dan usaha .

meski masa semakin laju ,
meski kau merasa tiada kesempatan waktu ,


------

teruskanlah ,
jangan berhenti di tengah ,

kerana kita hanya manusia ,
dan kerana kita hamba.


------

masa itu milik Allah ,
kejayaan itu milik Allah .

jika sudah tertulis untuk sempat ,
dan untuk berjaya , 

tiada yang mampu menghalang ,
melainkan Dia.


-------

usaha dan teruskan usaha.

kerana ,

' Dan bahawa sesungguhnnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan '
 -an Najm : 39 

:')



250513
1349
Mesir

-- hati



-----

bilang pada hati ,
jangan jadi terlalu rapuh ,

yang selamanya rapuh ,

bilang pada hati ,
meski dunia seakan mengasak dan menyesakkan jiwa ,

sehingga menolak diri rebah ,

-----

kuatlah hati ,
dengan kekuatan dari Dia .

kerana dunia itu tidak lain dicipta untuk menyakiti ,
pasti akan tersakiti .

kerana kita bukan di Syurga.


-----

kuat sekarang ,
untuk kekuatan akan datang.


makhluk tiada yang sempurna ,

jadi ,
put down your high expectation.


sudah cukup dengan kau punya Allah di sisi.

:')




250513
1338
Mesir.