Aku tulis dalam keadaan hati aku kosong,
tiada rasa.
Perit rasanya bila nak sangat tulis tapi tak tahu apa yang nak ditulis,
lama aku rasa aku begini.
Aku rindu dengan diri aku yang dulu,
menulis dirasakan dekat sekali dengan jiwaku,
mudah sahaja segalanya lahir lewat bait aksara yang aku cuba ekspresikan.
Aku suka menulis,
kerana aku tahu,
kadang banyak benda yang aku tidak mampu keluarkan melalui kata-kata,
pada kanvas putih itu,
aku selalu ceritakan apa yang aku rasa.
dan aku yakin apa yang aku rasa pada tika itu,
turut dirasakan oleh orang lain juga.
Mungkin,
kerana aku sudah kurang membaca,
mungkin kerana aku sudah mula kurang common sense-nya kah ?
Atau mungkin saja,
aku harus lebih banyak bercerita pada pemilik Aku.
Ya.
Syed Qutub turut menulis di dalam Fi Zilaal Al-Qurannya,
“ Kata-kata itu, bisa mati. Kata-kata juga akan menjadi beku, meskipun ditulis dengan lirik yang indah dan semangat. Kata – kata akan menjadi seperti itu bila tidak muncul dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya. Dan seseorang mustahil memiliki keyakinan kuat terhadap apa yang dikatakannya, kecuali jika ia menterjemahkan apa yang ia katakana dalam dirinya sendiri, menjadi visualisasi nyata apa yang ia katakan”
1610
040415
Bilik.