Saturday, January 28, 2012

jom lengkapi tuntutan AURAT kita :)

Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum wbt .

actually hari ni nak share tentang hukum pakai stokin kaki :) *mestii rasa macam , haii stoking pun jadi kisah*
hehe , act tadi ada baca pasal alkisah stokin , dekat blog dr.cinta :) hehehe . so mcm tertarik je nk share apasal stokin , lagipun semalam ada tengok video ustaz azhar idrus pasal hukum memakai stoking . ada baca satu blog ni , dia discuss pasal aurat kaki wanita . 
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

hmm , semua tahu bahwa aurat perempuan yang sudah baligh itu ialah semua anggota kecuali tapak tangan dan muka , but ramai yang mengambil remeh tentang aurat kaki mereka . mungkin merasakan bahawa , kaki kan dekat bawah , so , jarang orang nak tengok or rasa macam alah kaki , bila pakai kasut , tak nampka sangat . but actually , memanglah tak nampak . but it is still aurat kita . macam ada ayat dekat blog ni dia cakap .

' Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.'

kan , nampak tu dia cakap , highlight point dekat sini ialah , ' dalam AL-QURAN telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu '  . apa yang boleh dirungkaikan dekat sini ialah pakai stokin itu tak wajib bagi wanita but menutup aurat tu yang WAJIB . kan kaki tu dah masuk dalam aurat kita , so WAJIBlah untuk kita tutup .  lagipun ada kaum lelaki yang boleh baca kita macam mana dengan melihat kaki dan anggota badan kita yang lain . ha , jeng jeng jeng . mestii wondering kan macam mana kaum lelaki boleh baca tentang diri kita takpun boleh tau kita ni macam mana . sebenarnya , ada certain certain kaum lelaki ni dia boleh buka hijab . so bila dia boleh buka hijab , dia bolehlah tau macam macma benda termasuk pasal perempuan . and thats salah satu sebab kita kena tundukkan pandangan , ok yang tu nnti cerita lain . hehe .

so the point is , coverlah semua aurat kita untuk keselamatan dan juga kerana ALLAH ♥

mesti akan ada yang cakap ,' ala pakai stokin ni rimas lah , nak kena pakai bukak pakai bukak ' . biasalah tu ayat tu mesti akan keluar punya dari mulut kita . but insyaALLAH kalau kita niat betul betul kerana ALLAH . insyaALLAH segalanya akan dimudahkan olehNYA ♥ nanti lama lama kita akan terbiasa bak kata pepatah ' Alah bisa , tegal biasa ' . kan kan ? heheh :) kalau antum semua perasan , act banyak kebaikan kalau kita paka stokin . antaranya , kalau duduk dalam air-cond takdelah sejuk sangat kan . hehe , tengok kan ada benefitnya . kalau nak tau apa lagi benefit dia , jom lah try pakai :) baru lahh tahu :D

apa apa pun juga , betulkan niat kerana ALLAH bukan kerana orang lain  yang tu yang penting . kalau rasa stokin kaki yang nampak orang selalu pakai , yang kaler koko tu nampak tak cantik or tak comel , belilah yang colorful tu , yang ada love love tu . hehe , lagi comel kan :) yang penting pakai stokin :D hehe , 



gambar je ea XD

LET'S COVER OUR AURAT BY WEARING SOCKS :DD *wink wink

nak cari pahala tu tak susah kan ? :)


syukran to dr.cinta punya blog :)

p/s : lets us berubah ke arah yang lebih baik , INSYAALLAH :)



Wednesday, January 25, 2012

really hard to eplain what i'm feeling right now

Bismillahirrahmanirrahim , 
Segala puji bagi ALLAH <3
Assalamualaikum wbt :)

okayyyy tak tahu kenapa , but lagu wherever you are anddd healing by SAMI YUSUF really get me into it . lyric dia sangatlahh best , and really meaningful . di sebalik lirik lagu dia , ada satu makna yang besar i guess . hmm , trylahh antum semua dengar :) lets discover the deep meaning behind every single words of the lyrics :)
SAMI YUSUF , had done a great job in spread dakwah through his song <3

now ana nk share lyric HEALING :)


It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it’s ok
لكن اعتقادي
Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني
There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that’s calling
ينادي
It’s calling you and I
يناديني ويناديك
It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It’s Nature’s order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً


p/s : suka the first part of this song , yup  it's really hard to explain what i'm feeling right now , but nevermind , i'll keep believing <3

HEALING :)















perpisahan itu terlalu menyakitkanku ..

Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini.  Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.
Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan.  Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang.  Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati Allah.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.
 Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.

Monday, January 23, 2012

kamulah yang memerlukan ALLAH tanpa kamu sedari ..

Manusia makhluk paling istimewa yang Allah cipta. Tapi manusia makhluk yang paling suka 'buang' Allah
Sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. Tak ingat bukan? Biasalah, manusia itu insan dan insan itu sifatnya pelupa. Kalau begitu, mari kita sama-sama imbas kembali.
Ingat balik masa mula-mula kita lahir dulu. Allah bagi kita tengok dunia, keluar dari perut ibu kita dengan selamat. Ada kaki, ada tangan malah mata, mulut dan hidung kita tak terbalik kedudukannya, elok terletak di tempat yang sepatutnya. Cuba kira, berapa kali saja kita pernah rasa syukur dengan anugerah ini? Berapa kali saja kita pernah katakan, 'Ya Allah, terima kasih atas rupa yang cantik ini'?
Tanpa kita sedar, Allah bagi kita kejayaan sejak kita belum lahir lagi. Bayangkan, berjuta-juta sperma yang berebut-rebut nak jumpa dgn ovum, kita yang berjaya. Ya, kita hina. Kita ini asalnya sperma saja, tapi kita sperma yang sombong. Pernah kita rasa bersyukur atas kejayaan besar ini?

Sejak sekolah rendah Allah bagi kejayaan. Tiba-tiba sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam peperiksaan, tidak lepas masuk university, apa kita buat? Kita marah Allah.
'Penat aku belajar, Allah bagi gagal pula!', kata kita. Kita terus tinggalkan segala ibadah kerana kononnya merajuk dengan Allah.

Itu kalau tak lepas. Cuba kalau lepas dan Berjaya, kita kata,
'Alhamdulillah, usaha saya banyak, memang patut dapat keputusan cemerlang begini'. Kita 'mention' nama Allah sekali saja, buat cukup syarat. Yang banyaknya kita 'mention' nama kita, usaha kita. Sekali lagi kita 'buang' Allah. Padahal sebelum dapat, beria-ria minta pada Allah.

Bila jalan-jalan, ketika dalam keadaan musafir, cuba tanya diri sendiri, aku jaga atau tidak solat aku? Padahal rukhsah yang Allah bagi pada musafir sangatlah banyak. Jamak, qasar. Tapi masih tidak ramai yang buat. Lebih banyak yang tinggalkan, tidak solat terus.
'Takpe, di rumah aku solat penuh', kata kita. Baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita 'buang' Allah sekali lagi.

Baiklah. Cukup dengan sikap angkuh kita. Sekarang, cuba kita tukar watak.

Kita tinggal solat 5 waktu, kita kata solat itu penat, membuang masa. Apa Allah buat? Adakah Allah kata, 'penatlah jaga budak ini, tak payah jagalah, membuang masa saja'. Tidak! Allah masih jaga kita, lindung kita dari bahaya.

Kita marah Allah sebab tidak bagi apa yang kita mahu. Cuba kalau kita yang tidak bagi apa yang Allah mahu (tidak solat, tidak tutup aurat, etc), apa Allah buat? Allah masih lagi tahan langit supaya tidak jatuh pada kita, Allah masih lagi bekalkan oksigen supaya kita boleh bernafas, Allah masih lagi kawal perjalanan darah kita supaya kita mampu hidup. Berapa kali kita pernah berterima kasih padaNya?

Kita buat banyak sangat benda yang Allah larang, tapi Allah tidak pernah sesaat pun tinggalkan dan lupakan kita. Padahal, Allah dah nyatakan dalam Al Quran, yang kalau Dia mahu, bila-bila masa saja Dia boleh hapuskan kita.

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].

Nak cipta kita sangatlah mudah bagi Allah. Padahal kita ini teramatlah 'complicated'. Cuba belajar biologi, bermacam-macam istilah yang ada dalam badan kita ini. Adakah kita fikir, untuk menghapuskan kita itu susah bagi Allah? Tidak susah sama sekali bukan?

Tapi, adakah Allah buat? Ketika kita abaikan perintah Allah, kalau Allah mahu, Dia boleh hapuskan kita pada saat itu juga. Tapi Allah  tak buat begitu. Allah sentiasa tunggu kita datang dekat Dia. Allah sentiasa rindukan suara kita memohon padaNya.


Jika kita sedar, sudah berjuta-juta peluang yang kita dapat dari Allah. Kalau orang bercinta, cukup sekadar memberi hingga peluang ketiga, jika masih diulang kesilapan yang sama, alamatnya Hai Hai Bye Bye lah. Tapi Allah, tidak akan pernah jemu untuk memberi peluang baru pada kita.

Allahkah yang memerlukan kita, atau kita yang memerlukan Allah?


"wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah..."


share from iluvislam :) syukran jazilan to the writer . this article do mean a lot for myself . lets us muhasabah :)

aku rindukan ....

"Duhai sahabat, aku merindui tempat semaian benih imanku dahulu. Aku merindui tenangnya derasan sungai keberkatan itu. Aku merindui hangatnya sebaran kalam terindah itu. Aku merindui jatuhnya manik mutiara dari kedua mataku. Aku merindui luasnya tapak keyakinanku. Kini semuanya semakin menjauh daripadaku. dan mungkin juga semakin jauh daripada generasi yang ada di bumi itu"

entah kenapa aku rasa kata-kata itu begitu mendalam . aku merindui segala-galanya <3

tidak ada milik kita

 renunglah duhai sahabatku yang jauh dimata, dekat dihati.. ♥::

✿ Sedangkan DNA halus pun Allah yang TETAPKAN..
✿ Setiap denyut NAFAS kita Allah PINJAMKAN..
✿ Setiap REZEKI kita Allah CURAHKAN..
✿ Seluas LANGIT dan BUMI Allah yang TADBIR..
✿ Setitis ZARAH pun ALLAH yang GERAKKAN..

♥♥ TIDAK ADA MILIK kita, semuanya milik Allah..MALULAH kepada Allah kerana meminjamkan semua kepada kita, JANGANLAH BERBANGGA dengan apa yang ada pada kita..jika Allah tidak beri, kita tidak punya apa-apa..marilah kita BERSYUKUR, bukan berbangga..bersyukur kepada Allah..♥♥


Sunday, January 1, 2012

DIA MAHA PENYAYANG

Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum wbt :)

TAUBAT .




satu perkataan yang tidak asing bagi kita sebagai hambaNYA . whyyy ? sebabnya kita hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan dosa kepada KEKASIH KITA YANG SATU <3 sudah sebagai lumrah apabila kita melakukan kesalahan sudah pasti kita akan memohon maaf kepada orang yang telah kita lakukan kesalahan . jika dengan manusia kita begitu , apatah lagi DIA . 

alhamdulillah jika kita tergolong dalam kalangan yang sedar di mana kesalahan kita , dan akan segera melakukan taubat kepadaNYA . namun , realitinya hari ini , ramai yang berada dalam golongan kedua . golongan yang tidak sedar sedar akan kesalahan mereka , dan terus alpa , alpa , alpa dalam menjalankan kewajipan sebagai umat ISLAM . jika dikurniakan sedikit nikmat harta olehNYA , kita terus lupa kepadaNYA .

 pernahkah kita mengucapkan syukur kepadaNYA . tidak . malahan , kita terus menerus merasakan bahawa harta yang kita dapat itu adalah  hasil dari titik peluh kita . 'sebab aku kerja lah aku dapat kekayaan macam ini ' . lupa yang ALLAH yang telah  bagi pinjam sedikit kepada kita . lalu , semakin kita banyak duit , semakin kita LUPA kepadanya . mata yang telah dikaburkan oleh WANG RINGGIT semata mata . dan mulalah nak berfoya-foya . pergi clubbing sana sini , minum minuman syaitan tanpa memikirkan halal dan haram . 

mana taknya , dah kalau lupa kepada DIA , mana nak ingat semua hukum hakam . dan teruslah jadi ISLAM hanya pada title semata mata . ISLAM pada kad pengenalan sahaja . wahai saudara ISLAM ku , siapa kita nak sombong dan bongkak kepadaNYA ? siapa kita nak berlagak tinggi di hadapanNYA ? sedarkah kita hanyalah manusia yang hina . makhlukNYA yang sangat hina kerana kita dijadikan dari air mani seorang wanita . masih mahu sombongkah kita ? tak sedarkah kita ? 

sedarkanlah dirimu , celiklah matamu . lihatlah dengan mata yang benar . bukan mata hawa nafsu . kembalilah kepada PENCIPTA kita , kekasih kita YANG MAHA AGUNG . ALLAH itu suka akan hambaNYA yang memohon kepadaNYA , bertaubat kepadaNYA . DIA tidak pernah mengira dan meminta balasan dari kita . ingatlah bahawa DIA maha penerima taubat . walaupun kejahatan kita dan kesalahan yang kita lakukan sangat besar . tetapi DIA MAHA PENGAMPUN . 



“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampunan kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa’: 110).

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).

 “Orang-orang yang mengerjakan kejahatan kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-A’raf: 153).




BERSAMALAH KITA MUHASABAH DIRI KITA ,
ADAKAH KITA BERADA DALAM GOLONGAN PERTAMA ATAU KEDUA .
WALLAHUALAM .
HEALING :)