Thursday, January 31, 2013

mari korek surah al-mulk (:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


alhamdulillah mari sama sama korek fadilat membaca surah al-mulk (:

surah al-mulk ni surah keamanan dan keselematan :) subhanallah fadilatnya sangat besar dan hebat , sesungguhnya sapa yang tau mesti takkan takmau tinggal baca :) 

1. menjadi penyelamat di akhirat kelak
2. mencegah pembaca dari siksa kubur
3. pembaca berada di bawah naungan sayap malaikat rahmat
4. mukanya akan dicerahkan di hari kiamat seperti wajah Nabi Yusuf
5. mendapat syafaat Rasulullah s.a.w dan mendapat keampunan

haa see banyakkan , teringat dulu masa dekat seseri , sebelum lights off kena buat bacaan and al-mulk antaranya lah.dulu buat nak tak nak je , dengan mengantuknya , mana nak baca . khilaf sungguh dulu . ye lah alhamdulillah sekarang dapat ilmu , kena amalkanlah kan :) semoga kita sama-sama istiqamah dalam melakukannya :)

ISLAM itu perlukan istiqamah di dalamnya , biarlah siki-sikit yang penting istiqamah kan . janganlah satu malam tu kita buat qiam sampai semua solat sunat nak buat , tahajjudnye , taubatnye , hajatnye , tapi esoknya tak buat dah . jangan macam tu . peribahasa cakap sehari selembar benang lama lama menjadi kain . hehe . insyaALLAH biarlah segalanya istiqamah dan lillahi ta'ala tu yang penting :)




Monday, January 21, 2013

try to do it istiqamah , insyaALLAH :)


Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

copy and paste from a blog , alhamdulillah :)
insyaALLAH sama sama kita cuba untuk buat 'mereka' secara istiqamah , try buat satu-satu lah . sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan :D


Sunday, January 20, 2013

orang yang terasing , ghuraba :)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ghuraba` atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, seperti mana seseorang yang pergi ke tempat baru yang dia tidak dikenali. Maka, dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk diselesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi.
Kedua; asing di sudut ruh dan pemikiran. Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyarakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing disebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, dikecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya, atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).



‘Islam began as something strange and will revert to being strange as it began, so give glad tidings to the strangers.’ [ Hadith narrated by Muslim (145) from Abu Hurayrah ]

sometimes , bila dunia dalam keadaan sekarang kita memerlukan kepada ghuraba , which mean lebih baik terasing jika itu yang diperlukan untuk mencari keredhaan ILAHI bukan ? act i just knew about this things sbb ada baca blog k.aisyah syakirah , vlogger muslimah :)

bila tgk balik video tu , dunia sekarang terlalu banyak godaan tambah dunia remaja yang nak masuk alam dewasa just like me nii , yang baru nak kenal dunia luar . *cuak*  i guess the air has already changed , the sense of DEEN , suma dah kena campak tepi , not the main point dah . sebab hiburan , keseronokan , kemewahan and this mokey love haha cinta monyet sibuk nak terjah pikiran budak-budak remaja yang tengah panas ni kan , so ghuraba sangat diperlukan di sini :)




Thursday, January 17, 2013

kenapa ALLAH tak makbulkan doa kita ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

3 sebab kenapa ALLAH tak makbulkan doa kita :

1. ALLAH nak beri apa yg kita minta pada masa hadapan or bila mana keperluan kita ada terhadap apa yang kita inginkan tu.
# mungkin kita mintak doa ni dari sekarang , and dah lama sangat kita mintak benda tu , tapi ALLAH x makbul-makbulkan smpai ke harini . jangan kita terus rasa give up dekat ALLAH and mula berprasangka buruk dekat ALLAH , ingatlah ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita , mungkin kita akan dapat pada masa hadapan dalam keadaan yang jauh lebih baik :)

2. sebagi kifarah kepada dosa-dosa kita .
# sebab kita ni manusia , banyak melakukan dosa , sangat banyak . so ALLAH x nak makbulkan lagi sbb dosa-dosa kita di masa lalu or conth kita dah berumur , then ALLAH nak ampunkan dosa kita masa muda dulu . dulu masa muda banyak masuk pub lah , buat benda ALLAH tak suka and mcm lagi . so kiranya macam payback balik lah :)

3. ALLAH simpan dkt akhirat nnti :)

and lastly , keep on doa sayang sebab doa tu kan senjata orang mukmin :) ALLAH suka sangat dekat orang yang minta dekat DIA :)



Tuesday, January 15, 2013

YA ALLAH , izinkan kami menulis

Untuk sebuah blog .
Kita sebenarnya tak begitu perlu memikirkan follower .

Tetapi reader dan thinker .

Kerana follower tidak semua membaca dan menghadam .

Tetapi reader dan thinker melakukannya .

Ya Allah, izinkan kami menulis . untuk Ummah .

from someone in fb :) 

Monday, January 14, 2013

mana janji kita dengan ALLAH ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

hidup kita dekat dunia ni ibarat seorang perantau yang singgah di suatu tempat tanpa apa2 bekalan yang ada , for example , kita ontheway dari kedah nak ke kl so mesti la singgah dekat r&r sebab nak rehat and nak isi perut sebab kita perlukan bekalan before sambung perjalanan yang jauh . same goes to our live in this world :) 

ALLAH tak hantar kita hidup dekat dunia ini saja suka-suki without a reason :)

ingat rajin sangat ke DIA nak hantar , sebab tu DIA hantar dengan sebab nak suruh kita jalankan perintahNYA sebab we just a servant of ALLAH , a caliph that HE send to lead this earth .


kalau nak cerita jalan pengembaraan kita ni panjang berjela and banyak stage pulak tu , first , dari alam roh , ALLAH jadikan setiap roh yang disimpan di luh mahfuz , then stage kita dalam rahim mak kita , kita tido n rehat dekat endometrium wall mak kita siap ada kusyen yang empuk lagi tau ALLAH bagi , sejuk pulak tu dgn dikelilingi air ketuban mak kita . pastu bukan takat rehat , ALLAH siap hantar makanan khas dari mak kita makan masuk ikut placenta . punya la sampai macam tu ALLAH jaga kita , betapa DIA sayang sangat dekat kita :) *sweetkan ALLAH * dekat dalam perut mak kita ada yang duduk 9 bulan or ada jugak yang kurang dari tu . 

ingat lagi masa ALLAH tiup roh kita dalam rahim mak kita , bukan main lagi kita janji dekat ALLAH , yang kita akan ikut segala apa yang ALLAH suruh bila kita keluar nanti , janji tak mau buat apa yang ALLAH larang sbb takut dekat ALLAH . ya lah dah ALLAH bg sign kontrak dulu baru boleh keluar . oleh sebab dh penat sangat dulu dalam perut mak kita lama-lama nak jugak rasa dunia luar kan , kita pun sign lah dengan happy ni . sebab kalau tak sign kontrak dengan ALLAH mcm mana nak keluar kan . 


tapi sedih sangat , bila kita mula kenal dengan dunia luar , mula kenal apa itu DUNIA , kita mula lupa dengan janji kita , lupa habis kontrak kita sign dgn ALLAH . mana nak nampak dah sebab duk rasa dunia sangat indah , dipenuhi denagn kemewahan , dipenuhi dengan kesenangan sehingga kita lupa kita singgah ja dekat dunia ni , tu pun kita singgah sebab kita nak 'tanam' saham banyak2 dekat dunia supaya dapat menuai di hari kemudian . kita lupa yang ALLAH bagi peringatan dekat kita yang dunia ni dipenuhi dengan ujian dan duri-duri yang tajam . 

apabila kita mendapay sedikit kemewahan , sedikit kenikmatan , sedikit pangkat dan sedikit kejayaan , kita lupa siapa kita sebenarnya . KITA LUPA DAN ALPA . kita campak ALLAH jauh jauh , kita campak PENCIPTA kita , mmg tak sedar di untung , tapi walau kita campak ALLAH jauh jauh , DIA tak pernah terasa , malah DIA ada dengan kita pada setiap masa lagi ada . meskipun banyak benda yang ALLAH tak suka kita buat , tapi ALLAH tak pandang sebab ALLAH sayang dengan kita sebab tu DIA ada dengan kita setiap masa . romantikkan ALLAH ? :D

cuba kalau manusia , selalu time senang ja ada , bak kata orang time ada duit baru nak lepak sekali , kalau tak dak jangan harap la nk jumpa batang hidung pun susah , tu lah MANUSIA . tak boleh lari , and sebab tu lah.

CINTAKAN BUNGA AKAN LAYU , 
CINTAKAN MANUSIA AKAN MATI , 
CINTAKAN ALLAH KEKAL ABADI :)

betul lah apa orang cakap , so , jangan lah kita lupa JANJI yang kita dah sign masa kontrak dengan ALLAH , sebab nnti kita akan jumpa DIA di mahsyar nanti , sedarlah kita ini hanya HAMBA YANG HINA , sebab kita dicipta dari air mani .

refresh hati , muhasabah diri kita yang hina ini .

its better late than never right  :) ALLAH tak marah kalau kita balik pada DIA , malah DIA lagi suka tau :')




Thursday, January 3, 2013

put your trust in ALLAH :')


percayalah pada janjiNYA , kenapa mempersoalkan bila mana hak itu bukan milik kita , kita ada penciptanya , dan DIA telah menulis sebaik perancangan untuk hamba-hambaNYA , moga-moga kita menjadi manusia yang sentiasa bersangka baik kepada ALLAH , kerana ALLAH KNOWS BEST :)


pandanglah pada apa yang kita akan dapat selepasnya , jangan pandang mengikut kata syaitan tapi pandanglah dengan hati yang penuh keimanan , keep your faith in front of your nafs :)


as has written in the al-quran ,

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”





" Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti aku akan dapat meskipun aku lari darinya... Dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya..."


(Abu Hazim Al Makki-Aulia)


senyumlah dan lihat ke langit , ALLAH itu MAHA MENGETAHUI , dan hanya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kita . kita ada ALLAH bersama kita :)





surah al-kahfi pada hari jumaat :)




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
alhamdulillah hari ni just nak share beberapa kelebihan amalan surah al-kahfi pada penghulu segala hari iaitu hari jumaat , just got the info from iluvislam.com :)
jom amalkan , tak susah nak kumpul pahala ^^
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]