Wednesday, September 25, 2013

Ujian bukan melemahkan tetapi menguatkan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

bismillahirrahmanirrahim ,
moga dengan tulisan ini Allah pandang sebagai satu usaha dakwah .

***

Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah 
masih diberi nikmat iman dan Islam ,
masih diberi peluang untuk menjadi hambaNya yang lebih baik , insyaAllah .

***

Alhamdulillah ,
baru-baru ini mendapat ujian yang agak berat ,
sehinggakan kepala resah memikirkan apa yang perlu aku buat ,
kerna kena buat keputusan untuk masa depan , dah macam nak pilih calon suami *EH !*

kawan-kawan ramai yang dah pilih untuk sambung local ,
masing-masing pakat risau ,
macam mana sama ada still nak sambung ke sana or terus local .

dengan pressure yang datang dari pelbagai arah .
sungguh terasa lemah .

akhirnya , 
aku mengambil keputusan untuk stick with plan A , insyaAllah 
meski risikonya berat dan tersangatlah risiko .
kerna jika berlaku keadaan seperti sekarang ,
masa depan aku akan calar .

alhamdulillah , 
selepas istikharah semua , aku yakin insyaAllah inilah petunjuk dariNya ,
kerna selagi mak ayah aku restu untuk aku ke sana ,
aku masih kepada plan A .

dan tetiba teringat balik usrah dekat alamanda msa premed ,

" Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu ........."
- Al- Hajj , 78



dan highlight point dekat situ , 
" Dialah yang memilih kamu ... "

aku terpilih untuk ujian ini , aku terpilih untuk ke sana ,
bukankah aku sepatutnya bersyukur kerna i'm the CHOSEN ONE .

dan aku yakin , insyaAllah ujian di permulaan pengembaraan mencari ilmu Allah ini ,
adalah kerana Allah ingin menguatkan diri aku , 
kuatkan untuk menghadapi ujian yang jauh lebih mencabar di bumi yang terlalu banyak dan berat ujiannya . kata senior aku.
Allah nak uji , adakah aku sebenarnya layak untuk menghadapi ujian di sana nanti .




moga Allah permudahkan jalan aku dan sahabat-sahabatku dalam pengembaraan ini ,
kerna hati kami sudah diikat di sana , 
meski belum pernah kaki menjejak .
moga keputusan ini sentiasa dipandu dan dibimbing olehMu Ya Allah .

langkah ini baru sahaja bermula ,
jika sudah sungkur di permulaan , bagaimana untuk aku tiba ke destinasi ?

Duhai hati ,
kuatlah dikau di jalan ini ,
kerana selepas ini , 
banyak lagi ujian yang sebenarnya tarbiyyah dari Allah .



moga Allah redha .
p/s : sorry lama tak update




No comments:

Post a Comment