Monday, December 16, 2013

musafir ini.




Bismillahirrahmanirrahim

-------

musim sejuk bermula ,
angin sejuk memenuhi komposisi udara yang ada ,
hingga akhirnya matahari hanya tinggal sinarnya .

yang panas telah diganti dengan sejuk.
yang terbuka terganti yang tertutup ,
dan yang nipis semakin menebal .


-------

musim sejuk , alhamdulillah kerna diberi pengalaman untuk merasainya .
nikmat yang tiada terganti .

banyak ibrah daripadanya ,
dan banyak kekuatan diperlukan .

musim sejuk ini ,
sangat-sangat memerlukan kekuatan dan mujahadah yang tinggi .
untuk tetap kuat melakukan ibadah ,
untuk tetap kuat menunaikan hak sebagai musafir ilmu .

selalu yang keluar dari bibir ini ,
hanyalah rungutan ,
sejuk sejuk sejuk dan sejuk.

tanpa aku sedari,
sejuk ini juga dirasai oleh mereka yang di kawasan syria dan palestin .
sejuk ini datangnya dari Khaliq.

pastinya kehadirannya kosong tiada bersebab ,

musim sejuk ini ibarat musim bunga bagi orang beriman .
sebab bila sejuk , masa petangya pendek untuk berpuasa ,
dan malamnya panjang untuk tunaikan hak sebagai hamba.

jadi , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?


------

wahai hati ,
wahai diri ,
kuatlah , kuatlah , kuatlah untuk bertahan hingga ke akhirnya ,
nikmat ini ujian untuk melatih diri ,
untuk menguji sejauh mana cintamu kepada Rabb.
apakah cintamu itu hanya setakat di atas katil ?

adakah tetap kuat untuk bangun malam ,
adakah tetap kuat untuk belajar dengan tangan yang tak pernah henti sejuknya ?
atau tersungkur dengan saratoga yang sejuk ?


------

tajdid niat.
Allah mohon kekuatan daripadaMu ,
kerna aku tiada akan pernah kuat tanpaMu.






No comments:

Post a Comment