Wednesday, July 13, 2016

#Lessonlearnt Day 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Menulis dengan izinNya,
Moga-moga ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.



i-
Harini aku belajar tentang satu benda ; mentotalitas kan diri dengan menjaga niat , hanya kerana Allah.
Hakikatnya bukan mudah, untuk kita benar-benar menjaga niat kita,
untuk membuat sesuatu pekerjaan, hanya kerana Allah semata.
Tambah-tambah bilamana kita hanyut dengan perasaan penat,
hingga lupa yang kita sedang buat kerja, yang sepatutnya niat itu dijaga,
selalunya mudah untuk kita menjaga niat sebelum, tetapi bilamana sedang dan selepas sesuatu itu,
kita seakan lupa untuk menjaga niat.



ii- Mutabaah amal.
Harini aku sangat terkesan dan berfikir tentang satu hal,
Bila belajar untuk kerja, barulah tahu penatnya kerja tu berbeza,
Terfikir jugak ni belum jadi doktor lagi, nanti mesti lagi busy dan penat,
So, sekarang kalau tak belajar untuk jaga tilawah,tadabbur, dan mutaabah yang lain,
macam mana nak survive nanti kalau dah jadi doktor yang kesibukannya jauh lebih berganda !

Belajarlah untuk menjaga, meski penat macam mana sekali pun,
pastikan satu hari, at least baca dan tadabbur.
Sebab kalau tak jaga TDZ, mudahlah nanti nak kecundang.
Sebab kalau hubungan dengan Allah pun rapuh, macam mana nak kuat mujahadah ?


"Kegagalan adalah proses, lelah adalah proses, air mata adalah proses, kekhawatiran dan kegelisahan juga sebuah proses. Hal yang bisa jadi mengantarkanmu pada kepasrahan dan doa-doa paling tulus yang belum pernah ada dalam hidupmu sebelumnya."
- Kurniawan Gunadi 


13 July 2016,
Penat, dan masih di summerbreak,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment