Ihdinassiratul mustaqim,
Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus.
The gift that i recieved today and i'm totally love the qutoes : " Try not to become a man of success but rather try to become a man of value" |
Harini adalah salah satu bentuk cinta,
Yang aku percaya hadiah Tuhan buat aku dan mereka.
Harini adalah salah satu bentuk cinta,
kerana Dia menemukan kami keranaNya,
bersatu dalam ikatan cinta,
berukhuwah kerana Dia.
Harini adalah salah satu bentuk cinta,
kerana Dia menyedarkan aku nikmat yang diberi terlalu luas,
yang jika aku hendak mengira,
pasti tidak cukup mata pena.
Harini adalah salah satu bentuk cinta,
kerana Dia masih menghadiahkanku senyuman di bibir,
saat bersama dikelilingi insan yang aku kasihi.
Harini adalah salah satu bentuk cinta,
kerana Dia masih memupuk aku rasa cinta,
yang sungguh aku berdoa,
Jangan pernah dikurangi, harapnya makin bertambah lagi.
dan aku temui,
bahawasanya kebahagiaan itu adalah hasil daripada kesyukuran,
hasil daripada kesabaran dalam ruang pembelajaran.
Memori hari ini ; War Run , 140417 Fi Hifzillah, akhawati fillah :') |
140417,
Terlalubanyaknikmathariini.
Count your blessings.
No comments:
Post a Comment