Saturday, December 31, 2011

tak perlu jadi yang sempurna ..

                             Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt :) 
alhamdulillah banyak pulak benda yang nak tulis malam malam ni . malam tahun baru . hehe . nak tulis sikit lah pasal menegur orang lain . apabila kita menegur seseorang , selalunya orang yang kita tegur tu mesti akan cakap ' elehhhhhh , kau pun sme je , nak tegur orang lain ' , ' kau pun buka sne , buka sini , ada hati nak tegur orang ' , ' kau pun mesej dengan lelaki , nak tegur orang ' . dialog sebegitulah yang kita selalu dengar apabila kita menegu orang sampaikan kita rasa macam down je nak tegur orang . remember this quote . 
' kita tidak perlu mencari insan yang sempurna untuk menegur kita dan kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain ♥
ok , sebab apa ana cakap macam tu , kalau semua orang nak tunggu jadi sempurna , sampai bila kita nak biar benda yang tak elok berlaku depan mata kita ? bukankah  apabila seorang muslim itu mengucapkan syahadah , kerja DAKWAH itu adalah tanggungjawab kita , di atas bahu kita dan menjadi kewajipan buat kita selagi bergelar muslim . kita hanya manusia biasa , tiada manusia yang sempurna di dunia ini . contohnya , bila ada sesuatu kemungkaran berlaku di depan mata kita , takkan kita nak biar je , takkan kita nak dapat dosa free mcm tu je . so , kita kena lah tegur . sebagai orang yang ditegur , janganlah nak kutuk atau merendahkan orang yang yang menegur kita . kita hendaklah melihat pada apa yang ditegur , bukan pada siapa yang menegur . kalau kita nak tengok pada siapa yang menegur , hanya RASULULLAH saje lah yang layak menegur kita kerana dia KEKASIH ALLAH . tapi pada dunia ini , bukan lagi zaman baginda . dunia sekarang , hanya ada insan biasa yang dapat menegur . terimalah teguran dengan baik , kalau tak mau terima pun , diam sahaja . tidak perlu mengeluarkan perkara yang buruk tentang diri mereka yang menegur . sama-samalah kita membaiki diri kita ke arah yang baik . wallahualam :)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bermakna aku yang terbaik dikalangan kamu..bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri..seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan sikitlah org yang memberi peringatan" -Imam Hassan Al-Basri-

'

hanya ALLAH tahu bilakah hari itu .

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . alhamdulillah kita masih dapat peluang untuk menyambut tahun baru . INSYAALLAH :) hmmm bercakap pasal tahun 2012 ni selalu sgt nmpk orang akan cakap KIAMAT . hmm . wallahualam . siapa kita nak setkan mcm tu . mmg lah orang barat buat kajian yang diorang jangkakan kiamat tahun 2012 . sapa diorang kan . hanya ALLAH tahu bila kiamat akan tiba .  jangan pernah membuat
 konklusi bahawa 2012 kiamat kerana siapa kita untuk setkan bila kiamat . kalau ALLAH nk bagi esok atau 


jumaat yang akan datang ni kiamat , bila bila masa sahaja akan berlaku . so , tugas kita hanya tingkatkan ibadah 


dan iman kita untuk topup hari akhirat nanti :) lagipun dah siapkah kita untuk menghadapinya . sekarang kita


semua nampak umat manusia hanya lebih bertambah lalai dari sehari ke sehari . lebih jauh dari jalanNYA .


 lebih jauh tersasar dari agamaNYA . hanya banyak lebih . even dah tahu yang diorang ramal bila kiamat


 memanglah kita tak boleh nak niat buat ibadah hanya sebab ' nak kiamat dah ni , aku kena solat , aku kena 


buat nu buat ni ' . hmm tapi kita semua kenalah siapkan diri . apa yang kita nak TOPUP untuk akhirat nanti .


 dah banyak belum topup kita ? ingta boleh ka kita nak p cari kedai topup dekat akhirat nanti . dekat dunia 


no bolehlah kita nak pergi kedai maxis , digi sume g cari kan . tapi nanti hanya amalan kita ja dapat topup . ni


 kalau amalan pun tak ada macam mana . rasulullah pernah berpesan kepada kita iaitu 



Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." 

wallahulam , so , kiamat itu bila bila masa boleh berlaku . ALLAH hanya mengatakan 'kun faya kun' maka jadilah ia . siapkan diri kita untuk menghadapi alam selepas ini . sediakan bekal yang banyak :)
 


Nasihat dari teman.

Jangan kejar cita-cita tapi kejarlah makna. Kerana cita-cita adalah pandangan manusia,
 
sedangkan makna adalah pandangan Allah

.
Kita buat sesuatu bukan nak tunjuk hebat, tapi kita buat untuk beri manfaat.


- Prof Dr Muhaya Muhammad

ohoh. bittaufiq wannajah utk spm 20121 :)



syukran NAJIHAH HUSNA , KISAS . alhamdulillah sebab dapat kenal anti . I hope we will be given the 


chance by HIM for us to meet each other . btw I LOVE YOUR BLOG :) ukhwah fillah abadan abada anti <3

review buku DI MANA DIA DI HATIKU

Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?

Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.



Tuesday, December 27, 2011

muslimah sejati tidak dinilai dari ...

Muslimah  sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
 Muslimah sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an tersebut.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.
 Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.
 Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud
 Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.
 Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.
 Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
 Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-sejati-bukan-dilihat-dari/#ixzz1hnAgpIyJ



perempuan yang perasan cantik ..

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.










"when we want to change, to improve to be a better muslimah, BELIEVE that Allah is the most forgiving"

Thursday, December 15, 2011

cukuplah mencintai dalam diam

Dalam diamku,
terselit sebuah rindu..
Merindukanmu untuk menjadi bakal IMAMKU,
Merinduimu agar kau bisa menjadi MUJAHIDKU,
Yang siap bila diseru ke jalan JIHAD..

Diam,itulah caraku mencintaimu karenaNya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak dinodai oleh nafsu.

Diam,itulah caraku mencintaimu karenaNya.
Mengharap ketakwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keredhaanNya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu karenaNya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,aku tidak cemburu karena kau bukan hakku..Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku.Ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau.Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.bila ada siraman Redhanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada yang lain yang lebih baik dariNya..jadi walau aku cinta dan aku putuskan utk diam,biarkan Allah yang maha Kuasa mengaturNya. <3<3<3