Saturday, December 31, 2011

hanya ALLAH tahu bilakah hari itu .

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . alhamdulillah kita masih dapat peluang untuk menyambut tahun baru . INSYAALLAH :) hmmm bercakap pasal tahun 2012 ni selalu sgt nmpk orang akan cakap KIAMAT . hmm . wallahualam . siapa kita nak setkan mcm tu . mmg lah orang barat buat kajian yang diorang jangkakan kiamat tahun 2012 . sapa diorang kan . hanya ALLAH tahu bila kiamat akan tiba .  jangan pernah membuat
 konklusi bahawa 2012 kiamat kerana siapa kita untuk setkan bila kiamat . kalau ALLAH nk bagi esok atau 


jumaat yang akan datang ni kiamat , bila bila masa sahaja akan berlaku . so , tugas kita hanya tingkatkan ibadah 


dan iman kita untuk topup hari akhirat nanti :) lagipun dah siapkah kita untuk menghadapinya . sekarang kita


semua nampak umat manusia hanya lebih bertambah lalai dari sehari ke sehari . lebih jauh dari jalanNYA .


 lebih jauh tersasar dari agamaNYA . hanya banyak lebih . even dah tahu yang diorang ramal bila kiamat


 memanglah kita tak boleh nak niat buat ibadah hanya sebab ' nak kiamat dah ni , aku kena solat , aku kena 


buat nu buat ni ' . hmm tapi kita semua kenalah siapkan diri . apa yang kita nak TOPUP untuk akhirat nanti .


 dah banyak belum topup kita ? ingta boleh ka kita nak p cari kedai topup dekat akhirat nanti . dekat dunia 


no bolehlah kita nak pergi kedai maxis , digi sume g cari kan . tapi nanti hanya amalan kita ja dapat topup . ni


 kalau amalan pun tak ada macam mana . rasulullah pernah berpesan kepada kita iaitu 



Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." 

wallahulam , so , kiamat itu bila bila masa boleh berlaku . ALLAH hanya mengatakan 'kun faya kun' maka jadilah ia . siapkan diri kita untuk menghadapi alam selepas ini . sediakan bekal yang banyak :)
 


No comments:

Post a Comment