Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt :)
alhamdulillah banyak pulak benda yang nak tulis malam malam ni . malam tahun baru . hehe . nak tulis sikit lah pasal menegur orang lain . apabila kita menegur seseorang , selalunya orang yang kita tegur tu mesti akan cakap ' elehhhhhh , kau pun sme je , nak tegur orang lain ' , ' kau pun buka sne , buka sini , ada hati nak tegur orang ' , ' kau pun mesej dengan lelaki , nak tegur orang ' . dialog sebegitulah yang kita selalu dengar apabila kita menegu orang sampaikan kita rasa macam down je nak tegur orang . remember this quote .
' kita tidak perlu mencari insan yang sempurna untuk menegur kita dan kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain ♥ok , sebab apa ana cakap macam tu , kalau semua orang nak tunggu jadi sempurna , sampai bila kita nak biar benda yang tak elok berlaku depan mata kita ? bukankah apabila seorang muslim itu mengucapkan syahadah , kerja DAKWAH itu adalah tanggungjawab kita , di atas bahu kita dan menjadi kewajipan buat kita selagi bergelar muslim . kita hanya manusia biasa , tiada manusia yang sempurna di dunia ini . contohnya , bila ada sesuatu kemungkaran berlaku di depan mata kita , takkan kita nak biar je , takkan kita nak dapat dosa free mcm tu je . so , kita kena lah tegur . sebagai orang yang ditegur , janganlah nak kutuk atau merendahkan orang yang yang menegur kita . kita hendaklah melihat pada apa yang ditegur , bukan pada siapa yang menegur . kalau kita nak tengok pada siapa yang menegur , hanya RASULULLAH saje lah yang layak menegur kita kerana dia KEKASIH ALLAH . tapi pada dunia ini , bukan lagi zaman baginda . dunia sekarang , hanya ada insan biasa yang dapat menegur . terimalah teguran dengan baik , kalau tak mau terima pun , diam sahaja . tidak perlu mengeluarkan perkara yang buruk tentang diri mereka yang menegur . sama-samalah kita membaiki diri kita ke arah yang baik . wallahualam :)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bermakna aku yang terbaik dikalangan kamu..bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri..seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan sikitlah org yang memberi peringatan" -Imam Hassan Al-Basri-
'
No comments:
Post a Comment