Tuesday, June 25, 2013

the connection , tarbiyyah daripada Allah .

                                                 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


JEREBU .

isu yang sangat panas untuk minggu ini , dan banyak kawasan yang melaluinya .
alhamdulillah masih lagi belum mencapai taraf darurat , hanya pada beberapa kawasan. 

dan mengakibatkan ada kawasan yang sekolahnya terpaksa ditutup .

yeayyy !! 
bersorak sakanlah budak budak sekolah ,
tambah-tambah budak sekolah sbp ,
sebab dapat balik rumah ! 
heh ,
dan cikgu-cikgu pun dapat rehat jugak utk sehari pun jadilah .

dalam pada budak sekolah bersorak , buat lompat bintang ,
budak-budak universiti yang baru masuk esp ,
dok sedih sebab x dapat balik , yalah semua tengah homesick .
heh .

jerebu ,
alhamdulillah kelihatan ramai yang berniqab ,
tapi sayang hanya bahagian mulut dan hidung saja ditutup ,
bahagian lain masih terbuka ,
jerebu melatih kaum perempuan untuk berniqab !
ada yang gembira pasti , dan mungkin ada juga yang sebaliknya .

jerebu yang dialami ,
bukan sebarang jerebu tau !
cuba tengok kenapa jerebu terjadi ? 

bila baca post daripada ustaz hasrizal dkt fb beliau ,
ustaz cakap jerebu ni dekat sangat dengan surah ad-dukhan , 
dan baru tahu ad-dukhan tu asap atau jerebu . *alhamdulillah dapat ilmu baru ;)

so , jom tadabbur surah ad-dukhan ,
kena tengok apa yang Allah nak cakap dengan kita :)


       "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)", (44:10)

jadi nampak tak Allah tengah bagi amaran dekat kita semua , bukan amaran biasa-biasa ,
tetapi amaran yang nak kita semua sedar , yang dunia ni sudah tak lama dan hampir tiba ke penghujungnya , Allah nak kita sedar dan sedar yang kita punya dosa yang takkan berkurang dari sehari ke sehari , tapi bertambah ,



dosa yang kita buat takkan hilang dengan sendiri ,
kerna itu perlunya taubat , 
memohon keampunan dari Allah ,
kita ini bukan siapa-siapa,
tetapi hanyalah pendosa .



dan alhamdulillah jerebu ini ,
terlalu banyak ibrah yang kita boleh ambil insyaAllah .     

sebelum ni setiap kali bangun rasanya tak pernah pun cakap
' alhamdulillah , terimah kasih Allah sebab bagi nikmat oksigen '
tapi sejak jerebu ni , 
dah start jadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah .


ha see , jerebu ada ibrahnya (pengajaran) bukan ?    


dan dan , melalui jerebu jugak ,
Allah tunjuk sekali sifat asma Allah ,
iaitu Allah Maha Penyayang .

and why is that ?

kita ini umat Nabi Muhammad , dan umat yang paling Allah sayang ,
jerebu sedang mengajar kita untuk bangun dan sedar ,
kita ini pendosa dan Allah nak kita kembali kepadaNya ,
untuk berusaha masuk syurga Allah .

see , betapa luasnya rahmat Allah ;)


dan saya yakin , 
ini juga bentuk tarbiyyah daripada Allah untuk kita , hambaNya .


jerebu ini , 

sebenarnya terlalu banyak ibrah yang boleh diambil insyaAllah .

bukan sekadar cuti tapi Allah juga ingin bentangkan rahmatNya yang entah kita sedar atau tidak sungguh sangat luas .
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? " - (55:13)

Wednesday, June 19, 2013

don't jump into conclusion .

Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya. Belum tentu esok hari dia masih begitu. Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita.

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata. Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak.

Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya dan jangan sangka diri kita yang di atas landasan yang benar sekarang takkan pernah boleh buat silap. Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan. Iman manusia ada turun naiknya.

Siapalah kita nak nilai orang lain? Kalau rasa diri belum baik, teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah, berdoalah moga kekal istiqamah.

Tiada orang baik yang tiada masa lampau. Tiada orang jahat yang tiada masa hadapan. Berdoalah. Allah itu Maha Pengampun.


source : facebook 

tidak semua memliki peluang itu .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dakwah , usrah dan tarbiyyah .

ramai yang sudah punya gerak kerja dakwah dan tarbiyyah masing-masing .
dan ramai yang sudah jumpa mereka punya bulatan gumbira .

update status dekat muka buku dan pengicau semua pasal bulatan gumbira , 
yang ikhwah bercakap tentang kawan seikwah mereka , dan begitu juga sebaliknya kepada sang akhwat .

aku lihat mereka terdidik dengan baik melalui tarbiyyah itu ,
dan membantu dalam proses mujahadah mereka ,

sungguh , 
kadang-kadang rasa sedih sangat sebab belum dapat peluang untuk berbulatan bersama mereka yang berpegang kepada fikrah yang sama ,
mereka punya rasa cinta yang kuat antara satu sama lain ,
semuanya berpaksikan kepada Allah .

dan aku yakin , 
pembinaan individu muslim itu perlunya bermula daripada sebuah bulatan ,
yang menjadi acuan dan resepi utama ,
kerana dalam bulatan itu ada pelbagai jenis perisa , warna dan rencah .

selalu aku melihat , 
ada mereka yang telah mendapat keizinanNYA untu berbulatan ,
namun di sia-siakan ,
punya alasan seribu untuk tidak datang berbulatan .

ramai yang cakap , 
jalan ini punya duri sebagai peneman ,
perlu kuat untuk menempuhnya ,

aku berharap ,
aku akan mendapat peluang untuk berbulatan bersama mereka yang se-fikrah ,
agar aku dapat untuk menambah kelajuan gerabak yang bermula dengan sangat perlahan ,
kerna aku yakin , jika aku tidak melajukan gerabakku ini ,
aku pasti akan disoal kerana aku telah mengucapkan kalimah penyaksian terhadap kebenaran itu .

dan aku berharap ,
aku tidak memberi seribu alasan apabila tiba waktunya .
dan kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk mampu bertahan di atas jalan itu .

Ya Allah , 
hati ini milikMu dan dipegang olehMu ,
janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini Ya Allah ,
kerana aku takut jika Engkau palingkan hati ini ,
aku akan masuk ke Neraka yang sungguh siksaannya tidak mampu dibayangkan .

Ya Allah , 
teguhkanlah imanku , tambahkan ketaqwaanku ,
dan tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai .

namun aku yakin , 
Engkau belum memberi kerana mungkin jika aku mendapatnya sekarang ,
aku akan memberi alasan untuk menolak ,
dan aku yakin perancanganMu adalah yang paling baik . 

Saturday, June 15, 2013

the hikmah .

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


aku melihat dengan kaca mata ,
kanak - kanak dan wanita dibunuh , 
seorang budak lelaki menangis apabila ditanyakan tentang ayahnya ,

di saat negara lain telah mencapai kemerdekaan mereka ,
tetapi ,
kemerdekaan negara ini telah dirampas oleh penghuni negara itu sendiri ,
yang menganut agama yang sama ,
yang telah mengucapkan kalimah 
" La ilahailla allah '

namun , 
hanya kerana jarum jarum syaitan yang telah berjaya menusuk diri  mereka ,
pegangan mereka mulai menyimpang ,
koloni yang kejam diangkat dan dijulang tinggi ,
sehinggakan mendapat anugerah pembunuhan .



wahai pejuang agama ,
aku yakin kalian insan hebat ,
kerana koloni- koloninya takut hendak menyerang kalian ,
mereka pengecut kerna itu hanya kanak-kanak dan wanita yang dibunuh ,

dan aku kira , 
Allah telah mentakdirkan untuk kalian melaluinya kerana ,
kalian , kita  umat Muhammad , 
kita umat kekasihNya ,
kita umat yang membuatkan Nabi Musa sendiri meminta kepada Allah agar dijadikan umat Rasulullah ,

bukankah mereka yang mati syahid telah dijamin syurga ?
bukankah Rasulullah inginkan umatnya bersama-sama Baginda di Jannah ?
dan aku kira ini adalah cara Allah menghendakinya ,
dan ramai umat kekasihNya akan dapat mengecapi nikmat kebahagiaan sebenar .

dear syria ,
please be strong , please fight till the end ,
the door of Jannah has been open for you , for all the muslims ,
but you get the 'gift card' first ,

dear muslims in malaysia ,
keep on dua' for them , for all muslims in this world ,
may Allah give us the strength , 
may Allah bless us in world and hereafter .

bi iznillah <3