Wednesday, June 19, 2013

tidak semua memliki peluang itu .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dakwah , usrah dan tarbiyyah .

ramai yang sudah punya gerak kerja dakwah dan tarbiyyah masing-masing .
dan ramai yang sudah jumpa mereka punya bulatan gumbira .

update status dekat muka buku dan pengicau semua pasal bulatan gumbira , 
yang ikhwah bercakap tentang kawan seikwah mereka , dan begitu juga sebaliknya kepada sang akhwat .

aku lihat mereka terdidik dengan baik melalui tarbiyyah itu ,
dan membantu dalam proses mujahadah mereka ,

sungguh , 
kadang-kadang rasa sedih sangat sebab belum dapat peluang untuk berbulatan bersama mereka yang berpegang kepada fikrah yang sama ,
mereka punya rasa cinta yang kuat antara satu sama lain ,
semuanya berpaksikan kepada Allah .

dan aku yakin , 
pembinaan individu muslim itu perlunya bermula daripada sebuah bulatan ,
yang menjadi acuan dan resepi utama ,
kerana dalam bulatan itu ada pelbagai jenis perisa , warna dan rencah .

selalu aku melihat , 
ada mereka yang telah mendapat keizinanNYA untu berbulatan ,
namun di sia-siakan ,
punya alasan seribu untuk tidak datang berbulatan .

ramai yang cakap , 
jalan ini punya duri sebagai peneman ,
perlu kuat untuk menempuhnya ,

aku berharap ,
aku akan mendapat peluang untuk berbulatan bersama mereka yang se-fikrah ,
agar aku dapat untuk menambah kelajuan gerabak yang bermula dengan sangat perlahan ,
kerna aku yakin , jika aku tidak melajukan gerabakku ini ,
aku pasti akan disoal kerana aku telah mengucapkan kalimah penyaksian terhadap kebenaran itu .

dan aku berharap ,
aku tidak memberi seribu alasan apabila tiba waktunya .
dan kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk mampu bertahan di atas jalan itu .

Ya Allah , 
hati ini milikMu dan dipegang olehMu ,
janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini Ya Allah ,
kerana aku takut jika Engkau palingkan hati ini ,
aku akan masuk ke Neraka yang sungguh siksaannya tidak mampu dibayangkan .

Ya Allah , 
teguhkanlah imanku , tambahkan ketaqwaanku ,
dan tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai .

namun aku yakin , 
Engkau belum memberi kerana mungkin jika aku mendapatnya sekarang ,
aku akan memberi alasan untuk menolak ,
dan aku yakin perancanganMu adalah yang paling baik . 

No comments:

Post a Comment