بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
JEREBU .
isu yang sangat panas untuk minggu ini , dan banyak kawasan yang melaluinya .
alhamdulillah masih lagi belum mencapai taraf darurat , hanya pada beberapa kawasan.
dan mengakibatkan ada kawasan yang sekolahnya terpaksa ditutup .
yeayyy !!
bersorak sakanlah budak budak sekolah ,
tambah-tambah budak sekolah sbp ,
sebab dapat balik rumah !
heh ,
dan cikgu-cikgu pun dapat rehat jugak utk sehari pun jadilah .
dalam pada budak sekolah bersorak , buat lompat bintang ,
budak-budak universiti yang baru masuk esp ,
dok sedih sebab x dapat balik , yalah semua tengah homesick .
heh .
jerebu ,
alhamdulillah kelihatan ramai yang berniqab ,
tapi sayang hanya bahagian mulut dan hidung saja ditutup ,
bahagian lain masih terbuka ,
jerebu melatih kaum perempuan untuk berniqab !
ada yang gembira pasti , dan mungkin ada juga yang sebaliknya .
jerebu yang dialami ,
bukan sebarang jerebu tau !
cuba tengok kenapa jerebu terjadi ?
bila baca post daripada ustaz hasrizal dkt fb beliau ,
ustaz cakap jerebu ni dekat sangat dengan surah ad-dukhan ,
dan baru tahu ad-dukhan tu asap atau jerebu . *alhamdulillah dapat ilmu baru ;)
so , jom tadabbur surah ad-dukhan ,
kena tengok apa yang Allah nak cakap dengan kita :)
"Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)", (44:10)
jadi nampak tak Allah tengah bagi amaran dekat kita semua , bukan amaran biasa-biasa ,
tetapi amaran yang nak kita semua sedar , yang dunia ni sudah tak lama dan hampir tiba ke penghujungnya , Allah nak kita sedar dan sedar yang kita punya dosa yang takkan berkurang dari sehari ke sehari , tapi bertambah ,
dosa yang kita buat takkan hilang dengan sendiri ,
kerna itu perlunya taubat ,
memohon keampunan dari Allah ,
kita ini bukan siapa-siapa,
tetapi hanyalah pendosa .
terlalu banyak ibrah yang kita boleh ambil insyaAllah .
sebelum ni setiap kali bangun rasanya tak pernah pun cakap
' alhamdulillah , terimah kasih Allah sebab bagi nikmat oksigen '
tapi sejak jerebu ni ,
dah start jadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah .
ha see , jerebu ada ibrahnya (pengajaran) bukan ?
dan dan , melalui jerebu jugak ,
Allah tunjuk sekali sifat asma Allah ,
iaitu Allah Maha Penyayang .
and why is that ?
kita ini umat Nabi Muhammad , dan umat yang paling Allah sayang ,
jerebu sedang mengajar kita untuk bangun dan sedar ,
kita ini pendosa dan Allah nak kita kembali kepadaNya ,
untuk berusaha masuk syurga Allah .
see , betapa luasnya rahmat Allah ;)
dan saya yakin ,
ini juga bentuk tarbiyyah daripada Allah untuk kita , hambaNya .
jerebu ini ,
sebenarnya terlalu banyak ibrah yang boleh diambil insyaAllah .
bukan sekadar cuti tapi Allah juga ingin bentangkan rahmatNya yang entah kita sedar atau tidak sungguh sangat luas .
sebenarnya terlalu banyak ibrah yang boleh diambil insyaAllah .
bukan sekadar cuti tapi Allah juga ingin bentangkan rahmatNya yang entah kita sedar atau tidak sungguh sangat luas .
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? " - (55:13)
Setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita sebenarnya ada sesuatu yg Allah ingin kita pelajari drnya..nice sharing btw ^_^ ♥
ReplyDeleteya insyaAllah ,
ReplyDeletedan tarbiyyah daripada Allah itu paling baik ;)
jzkk ;)