Bismillah,
Menulis
dengan izinNya,
Moga-moga
ianya bakal menjadi muhasabah saat lemah.
Harini hari
kedua cuti,
Sempena winter
break kali ni.
Harini ada
lagi berita kematian,
Mereka umurnya
lingkungan aku saja,
Masih muda.
Dan harini
aku jumpa dua video,
Video Madmie
Channel,
Satu tentang
usaha dan masa.
Dan aku nak
sentuh pasal masa,
Sebab aku
rasa masa adalah antara perkara yang paling gerun,
Yang akan
Allah tanya di padang Mahsyar nanti,
Tentang apa
yang kita dah buat dengan masa yang ada,
Apa yang dah
kita isi.
Gerun
sangat,
Sebab kita
punya masa bukan Cuma dalam bentuk jam,
Tapi kita
juga ada minit dan saat,
Cuba kira
dalam satu hari kita ada berapa saat,
Bukan kira
berapa jam tapi berapa saat,
Banyak mana
kita guna untuk ingat Allah,
Banyak mana
yang kita guna untuk baca Quran,
Banyak mana
yang kita guna untuk buat kerja-kerja kebajikan,
Dan banyak
mana dah yang isi dengan perkara yang sia-sia .
Dan satu
benda yang sangat dekat dengan masa adalah kematian.
Sekarang ni
sangat jelas dan sangat banyak Allah tunjuk,
Yang ajal tu
tak perlu untuk sakit,
Tak perlu
untuk tua baru mati,
Tapi universal.
Makna kata
bila memang dah ditetapkan,
Akan tiba
juga saat kematian.
Tapi kita
manusia selalu lupa,
Kita rasa
kita muda,
Kita rasa
kita ada banyak masa.
Sedangkan
dah banyak dah yang kita rugi,
Rasanya kalau
nak kira siapa yang paling kaya,
Kitalah tu.
Kaya dari
segi banyaknya buang masa.
Ada satu
ketika,
Setiap kali
nak dekat exam,
Aku akan
mengadu dengan kawan aku,
“Macam tak
sempat ja ni, dah nak dekat dah dengan exam”,
Pastu kawan
aku akan cakap “ awak sebelum ni buat apa ? Busy sangat ke ?”
Dan waktu tu
aku mesti akan putar balik masa,
Dan last-last
aku tak mampu pun bagi jawapan dekat dia.
Sebab tak
jumpa yang time mana yang busy sangat sampai tak sempat study.
*menangis*
Sabda Rasulullah SAW :
"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan
manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari
)
Ya Allah,
Bantu aku
untuk isi masa cuti aku dengan sebaiknya,
Aku tak
ingin lagi menjadi orang yang sama,
Menyiakan masa
yang ada dengan sia-sia.
Bantu aku Ya
Allah.
Moga Allah redha.
230116
2nddaywinterbreak,
Mansoura, Egypt.
No comments:
Post a Comment