Aib yang banyak cela,
Penuh dengan sisi-sisi hina.
Bilamana satu-satu dibuka,
Pastinya jatuh terduduk,
Taktahu mana nak letak muka,
Tiada sesiapa yang berani mendekat,
Apatah lagi mahu bersama,
Malah makin menjauh,
Kerana jijik dengan dosa-dosa kita.
Aib aku dan kau sama-sama dijaga,
Ditutup rapi semuanya,
Hingga tiada satu pun nampak,
Jelas di mata,
Kerana ianya cuma antara aku dan Dia.
Allah,
Bagaimana tidak aku jatuh cinta,
PadaMu.
No comments:
Post a Comment