Tuesday, April 16, 2013

air mata.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

people cry for so many things , but have you ever think that is your tears valuable ? 

air mata kita ada sebab ALLAH yang cipta untuk ada , so bila ALLAH dah buat macam tu mesti ada sebab dan kenapa dia kena ada . cuba kita teroka apa lah yang hebat sangat pasal air mata ni , *ala air mata ja kut , hebat tang mana ._.*

ha kita tak pernah sedar yang air mata kita ni ada kuasa ajaib *cewah* , bukanlah kuasa sangat cumanya nak share sikit dekat sini sebab mungkin ada yang tak tahu kehebatan air mata kiat *kalau yang dah tahu tu takpe kita refresh ilmu :')

pada hakikat dan fitrahnya semua mata akan menangis di akhirat nanti , masa duk beratur tunggu giliran untuk ditimbang amal kita dekat perhimpunan nanti , tapi ada mata yang tidak akan menangis di akhirat nanti , insyaALLAH . dan apakah 3 mata tersebut ?

so , 3 mata yang akan menangis di akhirat kelak ialah :


1. mereka yang banyak menangis di dunia kerana takut akan Allah swt.
2. Mereka yang menangis kerana menyesal kerana maksiat yang dilakukan.
3. ereka yang sentiasa berjaga di jalan Allah.

dan rasanya memang tak banyak mata yang menangis sebab di atas , mana taknya mostly kita ni menangis bila tengok cerita korea , menangis putus cinta , menangis baca novel cinta dsb. cuba kita selak balik buku-buku hidup kita sebelum ni , ada tak kita menangis masa baca al-quran ? masa kita baca ayat-ayat suci ALLAH ? 

allahu kadang kadang tertanya balik dekat diri ni , kenapa aku tak menangis masa baca tafsir ? masa baca ayat yang ALLAH bagi dekat kita ? hati aku ni karat ke dah mati dah ? kenapa mata hati aku tak dapat membaca ? allahurabbi T.T 

ni penting sebab ALLAH merasa pelik apabila melihat hamba yang mengaku beriman kepada ALLAH tetapi tidak menangis apabila dibacakan ayat2NYA kepada kita , Rasulullah sendiri menangis sehingga basah janggutnya sepertimana yang dilihat oleh Aisyah r.a ketika Rasulullah solat malam . tapi kita ? kita ni yang amal entah terima atau tidak , tapi sombong dengan ALLAH , lebih rela menangis tengok drama korea T.T

7 golongan adalah yang mendapat perlindungan Allah di hari yang tiada perlindungan ialah seseorang ia apabila meningati kpd Allah dlm keadaan sendirian maka mengalirlah air matanya.

Dalam Hadis al-baihaqi, Pertama daripada dua yang akan diangkat kepada Allah adalah Khusyuk. Kedua adalah tangisan yg takut kpd Allah.

masa akhir -akhir zaman ni sangat sikit orang yang menangis kerana takutkan ALLAH , Rasulullah siap pesan lagi kalaupun kita tak mampu menangis , berpura-puralah untuk menangis kerana hanya dengan itu mata kita akan selamat dari api neraka . 


No comments:

Post a Comment