Monday, April 22, 2013

fahami hakikat tudung yang sebenar (:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

*menutup aurat itu indah*

TUDUNG atau JILBAB . sudah menjadi satu kewajipan buat kita semua kaum-kaum hawa untuk menutup aurat seperti dalam firman ALLAH dalam surah al-ahzab ayat 59 ; 

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "

tetapi sayangnya ramai yang mengenakan tundung tanpa makna yang betul , ramai yang menggayakan tudung hanya sebagai ' trend ' atau fesyen , bukan sebagai menurut perintah syarak . Lambakan tudung di pasaran spt tudung bawal 2-3 tone , shawl , pashmina , tudung 'ARIANI ' dsb. dengan harga yang mampu membuatkan si pembeli membeli 4-5 helai tudung sekali gus hingga lupa apakah syarat-syarat tudung yang telah ALLAH tetapkan untuk kita semua . memang cantik dah pakai tudung tu sebab tutup aurat , but adakah tutup semua aurat ? rugilah kan kalau kita dah pakai tudung cantik molek , tapi tak dapat pahala tutup aurat . ishh rugiinyaaaaaa .

so , apa kata kalau kita cuba untuk tutup aurat , check balik koleksi baju , seluar dan tudung kita , adakah semua tu dapat membuatkan syaitan menangis dan sediah atau boleh buatkan si syaitan ketawa bersuka ria ? kalau boleh tu kan before keluar rumah tu , duk depan cermin , tengok sat , then tanya dekat diri " adakah pakaian aku ni akan mendapat keredhaan ALLAH ? atau dapat kemurkaan ALLAH ? " . re-check balik , kita taknak ALLAH murka dekat kita kan sayang ? 

and dear sisters , 

please , please and please bear in mind that hijab is not just a piece of cloth , it include all aspects . so , untuk merasa pakai tudung tanpa keterpaksaan , kenalah fahami apa makna dan hakikat tudung tu sebenarnya ? 

TUDUNG .
Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.





dan ketahuilah saudara muslimahku yang dikasihi kerana ALLAH ;

tutup aurat itu tidak akan menjadikan dikau ' old-fashion' ,
 tidak juga menjadikan engkau pelik ,
tidak menjadikan dikau yang pada hakikatnya cantik nampak hodoh ,

tetapi ,

dengan menutup aurat dikau sebenarnya menampakkan dikau mahal ,

menjadikan dikau berharga dan cantik luar dalam ,

juga menjadikan dirimu dipandang ALLAH ,

biarlah dengan menutup seluruh bahagian badanmu ,

dikau menjadi seperti mutiara di dasar lautan ,

menjadi belian yang bersinar terang ,

dan menjadi bintang yang tinggi menghiasi langit namun sukar digapai oleh tangan-tangan kumbang yang ' palsu '






* tidak susah menjadi wanita mahal , jika ada kemahuan *

marilah kita sama-sama menjadi wanita yang begitu MAHAL dan terus mengejar cinta dan keredhaan ILAHI insyaALLAH , may ALLAH bless us .


2 comments: