"Nad, apabila sekeliling tidak lagi bercakap tentang Allah, bukankah kita akan langsung bercakap dengan Allah? Cuma, satu saja penghalangnya. Jika hati masih degil, tidak mahu tunduk, patuh, dan berserah kepada Allah sepenuhnya, dan masih ‘bergantung’ kepada makhluk-Nya, selamanya awak akan hidup dalam keadaan sebegini. Tidak tenteram dan tidak bahagia, sebab kebahagiaan dan kesedihan awak diletakkan pada benda yang tidak statik dan berubah-ubah "
bila kita mula terikut dengan yang di sekeliling kita,
tanpa kita sedar,
sedikit-sedikit kita mula menjauh dari Dia.
itu paling ditakutkan.
Selalu,
bila cuti aku selalu sangat takut sebab takut futur,
Tapi,
selepas cuti dah dekat nak habis ni,
baru rasa yang bila duk rumah kita tak mudah nak ikut orang,
buat benda yang tak baik.
bila duk rumah,
at least kita terjaga.
benar,
ada hikmah atas segala hal.
****
terlalu banyak bercakap dengan manusia,
yang pastinya tentang manusia,
mungkinkah sudah tiba,
untuk bicara pula pada Dia.
luahkan segala,
tapi perit,
bila hati tak mampu bagi kerjasama.
akhirnya,
aku melirih pedih.
Ya Allah, berilah aku hati yang baru.
No comments:
Post a Comment