di balik jalan ini,
kita akan temui banyaknya nikmat yang tiada terperi,
bersama tanggungjawab yang sentiasa di bawa di kanan dan kiri.
bila Allah hadirkan,
mereka-mereka yang datang bagi menguatkan,
yang datang untuk mengajarkan yang kita bukan lagi keseorangan,
syukur bertamu dalam hati,
kerna aku tahu,
setiap jiwa-jiwa ini sedang memburu cinta Ilahi,
lalu dibawa dengan mencintai hati-hati di sisi,
ah,
sungguh aku cinta kalian kerana Ilahi,
moga Allah izin untuk terus bersama,
dalam gerabak Islam ini.
Uhibbukum fillah!
1820
280814
Malayzi.
No comments:
Post a Comment